Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa banjir di beberapa negeri meningkat, Terengganu catat penurunan

-

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di beberapa negeri pagi semalam bertambah buruk dengan jumlah mangsa ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan meningkat.

Di KEDAH, seramai 691 mangsa daripada 183 keluarga ditempatka­n di enam PPS di daerah Kulim dan Kuala Muda berikutan banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat petang kelmarin.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam (APM), di Kulim seramai 256 mangsa ditempatka­n di PPS Masjid Sungai Seluang, PPS Surau Kampung Haji Wahab dan Dewan Masjid Al Huda Kampung Jerung manakala di Kuala Muda, seramai 435 mangsa ditempatka­n di dua PPS di Mukim Sungai Petani dan satu di Mukim Sidam Kiri.

Di PERAK, hujan berterusan sejak tengah hari hingga tengah malam kelmarin, menyebabka­n beberapa kawasan di daerah Kinta dinaiki air, menyebabka­n 27 mangsa dipindahka­n ke PPS Dewan Awam Hock Aun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam kenyataan berkata di Hilir Perak, banjir melanda beberapa kampung di Changkat Jong, Teluk Intan menyebabka­n 76 orang ditempatka­n di PPS di Dewan Majlis Perbandara­n Teluk Intan.

Sementara itu, menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, sebuah PPS turut dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama kelmarim menempatka­n 27 mangsa daripada tujuh keluarga di Dewan Orang Ramai Kampung Bendang Luas, Ijok.

Di MELAKA, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pari Gantong di Jasin yang ditutup kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, kembali dibuka pada 8 malam kelmarin setelah berlaku limpahan air dari Sungai Teluk Rimba menyebabka­n beberapa rumah dinaiki air.

Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata seramai 19 mangsa daripada empat keluarga dilaporkan kembali menghuni PPS itu.

Sementara itu, bilangan mangsa banjir di Bintulu, SARAWAK meningkat kepada 364 orang pagi semalam dengan pertambaha­n 227 mangsa dipindahka­n di dua buah PPS di daerah ini berbanding 137 orang kelmarin.

Berdasarka­n maklumat terkini dari Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 200 mangsa ditempatka­n di PPS di Stadium Muhibbah manakala 164 lagi mangsa di PPS Dewan Suarah Bintulu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia