Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir 15 kali setahun, penduduk di Meru rayu tindakan segera

Penduduk tertekan sentiasa menanggung kerosakan harta benda

-

Banjir kilat berlaku kira-kira 15 kali setahun. Setiap kali hujan lebih dua jam, mesti akan berlaku banjir setinggi kirakira 0.5 meter dan air ambil masa agak

” lama untuk surut, kira-kira lima hari.

KLANG: Tidak tahan dilanda banjir kilat kira-kira 15 kali setahun, penduduk taman perumahan di Jalan Teratai, Meru di sini merayu pihak berkuasa terutama kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menyelesai­kan masalah yang membelengg­u mereka sejak 2014.

Wakil penduduk Taman Meru Utama Ahmad Faizan Pardi, 42, berkata beliau telah menetap kira-kira 15 tahun di taman perumahan yang terletak di jalan berkenaan dan mengakui banjir kilat kerap berlaku setiap tahun sehingga membuatkan penduduk tertekan kerana kerosakan harta benda.

Kejadian banjir itu, katanya, bukan hanya berlaku di kawasan perumahann­ya, tetapi juga melibatkan empat taman perumahan lain yang terletak di jalan berkenaan iaitu Taman Daya Maju, Taman Bayu, Taman Meru Jaya dan Taman Meru Utama 5.

Wakil penduduk Taman Meru Utama

“Banjir kilat berlaku kirakira 15 kali setahun. Setiap kali hujan lebih dua jam, mesti akan berlaku banjir setinggi kira-kira 0.5 meter dan air ambil masa agak lama untuk surut, kira-kira lima hari.

“Sebab selalu berlaku banjir di sini, ramai penduduk taman ini sudah tidak mahu lagi menggantik­an perabotper­abot dan kelengkapa­n rumah mereka, malah ada penduduk yang sudah lima tahun tidak menggantik­an pagar rumah mereka yang rosak akibat banjir,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya telah beberapa kali mengadukan perkara berkenaan kepada Majlis Perbandara­n Klang, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Isu ini juga kita telah dimajukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran serta Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Meru, tetapi maklum balas yang kita terima hanyalah mereka sedang buat kajian, kita penduduk mahukan jalan penyelesai­an terhadap isu banjir ini,” katanya.

Tinjauan Bernama di taman perumahan berkenaan mendapati banjir yang melanda kawasan itu dan sekitarnya sejak Jumaat lepas masih belum surut.

Lebih memburukka­n keadaan apabila air di parit-parit besar di sekitarnya dilihat telah mencapai paras maksimum dan tidak mengalir.

Sementara itu, seorang lagi penduduk terjejas, Chow Choon Hooi, 45, berharap pihak bertanggun­gjawab segera menyelesai­kan masalah banjir yang menghantui penduduk.

Pengurus syarikat swasta itu berkata penduduk terlibat turut menyeru Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari supaya turun ke tempat berkenaan dan melihat sendiri kesulitan yang dialami mereka.

“Kami amat berharap kerajaan negeri dapat membantu kami yang telah rugi setiap tahun kerana sering dilanda banjir,” katanya. — Bernama

Ahmad Faizan Pardi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia