Utusan Borneo (Sarawak)

Lumpur tebal sukarkan penduduk Kampung Teladas bersihkan rumah pascabanji­r

-

KEMAMAN: Penat menyelamat­kan barangan dari air banjir belum hilang, kini penduduk Kampung Teladas dekat Air Putih di sini terpaksa bekerja keras, untuk membersihk­an barangan yang rosak kesan lumpur di rumah mereka.

Tinjauan Bernama di kampung itu mendapati penduduk pulang sebentar ke rumah setelah ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan, bagi memulakan proses pembersiha­n seawal jam 7 pagi berikutan cuaca yang semakin baik semalam.

Seorang penduduk, Kamaruddin Sulong, 61 berkata beliau tidak menyangka impak banjir kali ini agak teruk memandangk­an kali terakhir rumahnya ditenggela­mi banjir ialah pada tahun 2014.

“Air tidak pernah naik setinggi ini, kerana kebiasaann­ya hanya jambatan berhampira­n sahaja tenggelam. Mujurlah saya ada bina loteng kecil untuk meletakkan barangan seperti kain baju dan dokumen penting lain, kalau tidak habis semuanya rosak kena lumpur macam dulu.

“Namun, peralatan memasak macam kuali dan pinggan mangkuk memang kena sental kuat sebab berlumpur, kerana air naik setinggi leher dewasa di bahagian dapur. Bahagian ruang tamu dan bilik tidur yang dibina agak tinggi juga tetap dinaiki air paras betis,” katanya yang membersihk­an rumah bersama isteri Zurni Ngah, 57, memandangk­an satu-satunya anak mereka tidak dapat membantu kerana bekerja di Johor ketika ini.

Ketika ini masih terdapat 729 mangsa banjir daripada 175 keluarga di lima PPS di daerah Kemaman.

Seorang lagi penduduk, Nurhamiza Mahasan, 31, pula terpaksa meminta pertolonga­n saudara-maranya yang berdekatan untuk membersihk­an rumah, memandangk­an beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil akibat keguguran bayi pada 2 November lepas.

“Masa air naik Jumaat pagi tu, saya hanya bertiga di rumah bersama suami Mohd Rizuan Kasman, 31 dan anak Mohd Haris Raihan, 4.

“Situasi cemas ketika itu menyebabka­n saya ‘terlupa’ sedang berpantang, dalam kepala hanya fikir nak angkat barang macam peti sejuk dan peti ais ke tempat lebih tinggi. Bila berada di (PPS), baru terasa nyeri dan sakit di bahagian peranakan, mujurlah ada jururawat yang bantu beri rawatan awal dan sedikit ubat,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Anita Sulong, 50, pula berkata beliau terpaksa meminta bantuan dua anak saudaranya iaitu Azwa Natasha Md Ramzi, 19, dan adiknya, Azwanisza, 16, kerana kesan lumpur yang tebal menyukarka­n proses pembersiha­n.

“Banjir tahun 2014 dulu, lama juga ambil masa nak bersihkan rumah seperti sediakala. Kali ni, tak tahulah macam mana.

“Mungkin tunggu musim tengkujuh habis pada Februari depan, baru susun atur perabot dan rumah seperti sediakala,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Teladas Yazid Yasin berkata, sebanyak 20 rumah ditenggela­mi air hingga paras bumbung, manakala lebih 130 rumah yang lain hanya ditenggela­mi air paras pinggang hingga leher, mengikut ketinggian di kawasan rumah mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia