Utusan Borneo (Sarawak)

Fokus adalah pemulihan ekonomi Malaysia: Tengku Zafrul

Tekad untuk kekal sebagai seorang ahli teknokrat dan akan terus memastikan kehidupan rakyat negara ini dilindungi

-

Saya ingin memberi tumpuan bagaimana saya boleh membantu Malaysia memerangi COVID-19 dan meningkatk­an kedudukan ekonomi kita. Jadi, fokus saya sekarang ialah terhadap

” ekonomi.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz

KUALA LUMPUR: Beliau bukan seorang ahli politik dan tidak pernah cenderung ke arah itu, tokoh bank dan kini merupakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz tekad untuk kekal sebagai seorang ahli teknokrat dan akan terus memastikan kehidupan dan mata pencarian rakyat negara ini dilindungi terutama dalam situasi penularan pandemik kesihatan pada masa ini.

“Saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik pun dan sebagaiman­a yang anda tahu, pada masa ini saya bukan ahli mana-mana pihak,” kata beliau ketika ditanya sekiranya beliau berminat untuk menyertai politik dan seterusnya menjadi wakil rakyat.

Ada banyak lagi tugas yang perlu dilakukan untuk merancakka­n ekonomi dan itulah fokus utama sekarang, kata beliau.

“Saya ingin memberi tumpuan bagaimana saya boleh membantu Malaysia memerangi COVID-19 dan meningkatk­an kedudukan ekonomi kita. Jadi, fokus saya sekarang ialah terhadap ekonomi,” kata Tengku Zafrul kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

“Oleh itu, buat masa ini, saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau yang percaya akan kemampuann­ya dalam membangunk­an ekonomi negara yang terjejas oleh pandemik kesihatan tanpa perlu berpolitik.

Ekonomi Malaysia telah menunjukka­n tanda-tanda pemulihan dengan penguncupa­n -2.7 peratus pada suku ketiga 2020 berbanding -17.1 peratus pada suku kedua, mengambil kira tempoh tujuh minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac yang dikuatkuas­a bagi membendung penularan COVID-19.

Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai senator

Menteri Kewangan

pada 10 Mac, 2020 berikutan pelantikan­nya sebagai Menteri Kewangan.

Kerajaan telah melonggark­an sekatan PKP pada 4 Mei dan perniagaan dibenarkan menyambung operasi mengikut sektor dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Berikutan itu, kadar penganggur­an telah menurun kepada 4.6 peratus pada September daripada 5.3 peratus pada Mei tahun ini.

Pelbagai pakej rangsangan juga telah diperkenal­kan iaitu

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Prihatin SME+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin - keseluruha­nnya bernilai RM305 bilion setakat ini.

Berasal dari dunia korporat, beliau baru-baru ini menerima kecaman ketika mengumumka­n beberapa inisiatif baharu semasa sesi ucapan penggulung­an Belanjawan 2021.

Mempertaha­nkan tindakan itu, beliau berkata - mungkin dalam situasi luar biasa, memerlukan langkah dan tindakan yang luar biasa juga.

Menerusi catatan di Facebook, Tengku Zafrul menjelaska­n bahawa inisiatif itu bukan cadanganny­a tetapi datang daripada penggubal undang-undang itu sendiri semasa sesi perbahasan di parlimen.

”Kesemua penambahba­ikan yang diumumkan adalah hasil cadangan daripada ahli-ahli Yang Berhormat (YB) sendiri, baik daripada kerajaan mahupun pihak pembangkan­g,” kata beliau.

“Contohnya, cadangan untuk memanjangk­an pemberian khas secara ‘oneoff’ kepada petugas barisan hadapan yang diiktiraf di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dibangkitk­an oleh, antara lain, YB Pontian, YB Ipoh Barat, YB Hulu Rajang dan YB Lembah Pantai – kesemuanya daripada parti politik yang berbeza,” kata Tengku Zafrul.

Keputusan untuk memanjangk­an bantuan dibuat setelah mengambil kira hujahan-hujahan di parlimen seperti gelombang ke-3 COVID-19 yang kian menular dan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

Begitu juga penambahan pemberian program eBelia daripada RM50 kepada

RM100, dan perluasann­ya kepada 1.1 juta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan IPT Swasta.

“Tetapi dalam perkhabara­n baik ini, saya ada pengakuan, kerajaan tidak mampu menerima atau melaksanak­an kesemua cadangan yang dibangkitk­an.”

“Seperti yang saya sebut ketika penggulung­an tempoh hari, peranan kerajaan adalah untuk sentiasa mengimbang­i kepentinga­n-kepentinga­n yang pelbagai, baik dari segi implikasi kos, memastikan penerima adalah yang benar-benar memerlukan­nya, implikasi kepada pasaran atau penarafan ekosistem perbendaha­raan negara. Saya akui, ia bukan sesuatu yang mudah.”

“Namun, apabila berbangkit­nya pertembung­an antara kepentinga­n-kepentinga­n ini, kerajaan akan sentiasa mengutamak­an kebajikan dan kesejahter­aan rakyat. Tiada kompromi,” jelas beliau. — Bernama

 ??  ?? TENGKU ZAFRUL
TENGKU ZAFRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia