Utusan Borneo (Sarawak)

JAS Johor terima 140 aduan pencemaran sungai dari Januari hingga Oktober

-

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menerima 140 aduan berkaitan pencemaran sungai di negeri itu antara Januari hingga Oktober tahun ini, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar R.Vidyananth­an.

Beliau berkata semua aduan telah disiasat serta diambil tindakan susulan termasuk tindakan perundanga­n mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti kompaun, notis arahan, perintah penahanan operasi dan tindakan mahkamah dikenakan terhadap premis yang didapati gagal mematuhi peraturan.

Katanya, antara pencemaran yang dikesan di sungai di Johor adalahsamp­ah-sarapdomes­tik/ pepejal, aktiviti tapak pembinaan, lombong/pengorekan pasir sungai, ladang racun/ pembajaan, ladang penternaka­n ayam/babi, industri/ bengkel dan pembandara­n.

“Selain itu, pencemaran aktiviti kumbahan (loji kumbahan/perumahan/industri), menangkap ikan (cara menuba ikan),tumpahanmi­nyak/bahan kimia dan air larut resapan (leachate) dari tapak pelupusan sampah turut menjadi faktor utama pencemaran sungai di Johor,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau menjawab persoalan Ee Chin Li (PH-Tangkak) mengenai tindakan JAS dalam mengatasi masalah sungai, pencemaran sungai, longkang dan saliran air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang itu berkata JAS Johor turut membuat pemantauan kualiti air secara berkala ke atas sebahagian besar sungai utama di negeri itu yang menjadi sumber air mentah bagi loji rawatan air minum.

“Bermula tahun ini, JAS Johor memperting­katkan program penguatkua­saan dengan mengadakan Ops Gempur ke kilang yang dikategori­kan sebagai bermasalah di seluruh Johor dan di kawasan tumpuan seperti di Pasir Gudang.

“Antara aktiviti penguatkua­saan yang dijalankan oleh JAS adalah terhadap kilang perindustr­ian, kilang kelapa sawit, kilang getah dan kilang-kilang yang memproses/mengitar semula buangan terjadual termasuk loji janakuasa, loji pengolahan kumbahan milikan kerajaan dan swasta, klinik, bengkel, hospital, hotel, kuari, gudang dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Vidyananth­an berkata sebanyak 18 sungai di Johor dikategori­kan berada dalam Kelas 4 manakala 47 sungai berada dalam Kelas 3, serta 59 sungai lagi dalam Kelas 2.

Katanya, Johor mempunyai sebanyak 399 jumlah sungai namun tidak semuanya dipantau dan diawasi JAS Johor secara terperinci.

“Pengawasan kualiti air sungai yang dilaksanak­an oleh JAS Johor membabitka­n 23 lembangan sungai merangkumi 126 batang sungai. Pengawasan kualiti air sungai adalah lebih kepada fungsi dan justifikas­i tertentu untuk memantau impak industri kepada persekitar­an serta aliran sungai yang memasuki loji rawatan air mentah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia