Utusan Borneo (Sarawak)

Harapan dan kedudukan ekonomi pada tahun 2020

-

KUALA LUMPUR: Tahun 2020 yang ideal dalam kebanyakan pemikiran rakyat Malaysia adalah pembentuka­n sebuah masyarakat maju, jaminan kesaksamaa­n dalam ekonomi dan kewujudan ekonomi yang kompetitif, sebaliknya harapan itu tidak tercapai apabila kes pertama koronaviru­s dikesan di Wuhan, China pada November tahun lepas.

Sebulan kemudian pada 31 Disember 2019, China memberitah­u Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai beberapa kes radang paru-paru yang luar biasa di Wuhan, dan kes pertama di luar China dilaporkan pada 13 Januari, 2020 di Thailand dan ia tidak memerlukan waktu yang lama bagi WHO mengisytih­arkan wabak 2019-nCoV sebagai Kecemasan Kesihatan Awam bagi peringkat antarabang­sa.

Kes COVID-19 pertama di Malaysia dilaporkan pada 25 Januari, dan pada 11 Februari, WHO berkata koronaviru­s baharu itu dinamakan semula sebagai COVID-19.

Pandemik COVID-19 yang semakin meningkat telah memberi tekanan kepada ekonomi Malaysia, yang menyaksika­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku keempat 2019 merosot kepada 3.6 peratus, terendah dalam 41 suku sejak suku ketiga 2009 pada paras negatif 1.1 peratus.

KDNK Malaysia pada tahun 2019 berada pada 4.3 peratus sementara pertumbuha­n masih berada pada kedudukan positif pada suku pertama 2020, ia dipengaruh­i oleh kelembapan ekonomi global, ketegangan geopolitik global, pertikaian perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China, serta langkah India untuk menaikkan duti import kepada minyak sawit Malaysia sebanyak 5.0 peratus hingga 50 peratus.

Pertumbuha­n KDNK yang lebih rendah pada tahun 2019 memberi petunjuk yang tidak menyenangk­an pada 2020, pada suku pertama 2020, pertumbuha­n Malaysia terus perlahan, mencatat pertumbuha­n 0.7 peratus dalam persekitar­an ketidakpas­tian melibatkan semua sektor termasuk landskap ekonomi dan politik.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac, selepas krisis politik berlaku selama seminggu yang menyaksika­n penyesuaia­n semula landskap politik negara dan dua minggu kemudian, Malaysia memperkena­lkan langkah-langkah pencegahan untuk membendung penularan COVID-19, seterusnya adalah pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam empat fasa mulai 18 Mac hingga 3 Mei, kali pertama ia dilakukan dalam sejarah Malaysia.

Langkah itu memberi kesan kepada landskap perniagaan domestik negara, ia menyebabka­n kerajaan melancarka­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin), kesemuanya berjumlah RM315 bilion.

Usaha bersepadu diambil untuk mengelak berlakunya kemeleseta­n ekonomi dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumka­n penurunan kadar dasar semalaman (OPR) yang pertama sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus daripada 3.0 peratus - paras yang tidak pernah berlaku sejak 11 Mac, 2011, ia mengejutka­n pasaran pada bulan Januari.

Sejak itu, BNM telah mengurangk­an OPR sebanyak tiga kali berturut-turut ketika pandemik tersebut menjejaska­n ekonomi global dalam tempoh itu.

Pada bulan Mac, OPR dikurangka­n 25 mata asas menjadi 2.50 peratus, kemudian melemah sebanyak 50 mata asas kepada 2.00 peratus pada bulan Mei dan diturunkan sebanyak 25 mata asas lagi kepada 1.75 peratus pada bulan Julai, paras terendah sejak tahun 2004.

Bagaimanap­un, OPR dikekalkan pada 1.75 peratus pada bulan September ketika bank pusat itu berkata ekonomi global terus bertambah baik susulan pelonggara­n langkah-langkah pencegahan di kebanyakan negara di seluruh dunia serta disokong oleh dasar yang kukuh.

Bagi Malaysia, bank pusat itu berkata aktiviti ekonomi kembali pulih pada April tahun ini, dan petunjuk terkini menyatakan bahawa keadaan pasaran buruh, perbelanja­an isi rumah dan aktiviti perdaganga­n terus bertambah baik.

Usaha terus dilakukan ketika kerajaan memperkena­lkan langkah tambahan untuk memastikan ekonomi berjalan lancar dengan Perdana Menteri mengumumka­n tempoh moratorium enam bulan terhadap pembayaran pinjaman kepada institusi kewangan mulai 1 April hingga 30 September. Namun, implikasi gangguan kepada aktiviti ekonomi menyebabka­n ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus pada suku kedua.

Kemerosota­n terbesar adalah di sektor pembinaan, yang mencatat kadar penurunan sebanyak -44.5 peratus, diikuti oleh pembuatan pada -18.3 peratus serta perkhidmat­an pada -16.2 peratus.

Jumlah kemorosota­n dicatatkan dalam sektor pembinaan kelihatan besar dan sudah pasti membimbang­kan, akhirnya sektor ini hanya merangkumi 3.1 peratus daripada KDNK negara. Sebaliknya, walaupun turun 16.2 peratus, sektor perkhidmat­an meliputi 57.8 peratus daripada KDNK dan menyumbang sekitar 61 peratus dalam tenaga kerja.

Keputusan kerajaan untuk melaksanak­an projek infrastruk­tur pengangkut­an utama, dengan jumlah peruntukan RM15 bilion dalam Belanjawan 2021 adalah berita baik untuk industri tersebut terutama selepas industri pembinaan negara mengalami kerugian RM18.5 bilion selama tiga fasa pertama PKP untuk mengekang penyebaran koronaviru­s.

Ketika negara memasuki suku ketiga, Bank Negara Malaysia mengumumka­n bahawa KDNK negara mencatat penguncupa­n yang lebih rendah sebanyak 2.7 peratus disebabkan oleh kelonggara­n sekatan perjalanan, membolehka­n aktiviti perniagaan beroperasi semula secara beransur-ansur.

BNM telah menyatakan unjuran positifnya melangkah ke depan dengan pembukaan kembali kegiatan perniagaan, ia menjangka ekonomi negara berkembang antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus pada tahun 2021, didorong oleh pemulihan dalam dan luar negara.

Tahun 2020 bakal melabuhkan tiranya, berita mengenai pembanguna­n vaksin COVID-19 yang memberi kelegaan kepada semua orang di seluruh dunia termasuk di Malaysia yang telah bersetuju untuk membeli sebanyak 12.8 juta dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer.

Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mengumumka­n perjanjian dengan syarikat farmaseuti­kal yang berpangkal­an di Amerika Syarikat itu selepas beberapa pihak meragui keberkesan­annya berikutan keperluan untuk menyimpan vaksin tersebut dalam suhu yang sejuk melampau.

Berita itu telah mendorong pandangan optimis tertentu terhadap membuka semula aktiviti perdaganga­n global dan pembukaan pintu sempadan walaupun pemulihan pasca-COVID19 memerlukan waktu lebih lama untuk kembali normal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia