Utusan Borneo (Sarawak)

Pindah ikan ternakan ke kolam khas, elak kerugian di musim tengkujuh

-

PERMAISURI: Seramai 30 penternak ikan kerapu hibrid di Laguna Setiu, Kampung Gong Batu di sini memindahka­n lebih 100,000 ikan ke dalam kolam tangki khas bagi mengelakka­n mereka berputih mata pada musim tengkujuh.

Wakil pengusaha Johari Awang Besar berkata langkah itu terpaksa dilakukan susulan tahap kemasinan air di muara sungai turun mendadak hingga bacaan air menunjukka­n berubah hampir menjadi tawar sepenuhnya akibat limpahan air hujan dari Sungai Setiu.

“Jika tidak dilakukan sebarang tindakan dengan segera, sudah pasti pengusaha berdepan kerugian sehingga hampir RM500,000 sepertiman­a yang dialami beberapa pengusaha pada musim tengkujuh tahun lepas,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Menurut Johari, kerja memindahka­n ikan bermula sejak Khamis lepas dan berterusan sehingga ke hari ini (semalam) memandangk­an bacaan air masin masih menurun.

Tinjauan mendapati kesemua ikan berkenaan dipindahka­n ke kolam tangki berbumbung dan kolam terbuka di beberapa lokasi sekitar Kampung Gong Batu dan Kampung Fikri dan ditempatka­n di situ selama dua minggu sebelum dibawa semula ke sangkar apabila bacaan air kembali seperti sediakala.

Hanya ikan kerapu hibrid dipindahka­n ke situ manakala ikan siakap masih di dalam sangkar kerana ia mempunyai ketahanan terhadap air tawar.

“Ikan yang dipindahka­n terdiri daripada pelbagai saiz dengan berat antara 300 gram hingga melebihi sekilogram seekor. Ratarata

pengusaha terpaksa mengupah pekerja untuk melakukan pemindahan dan menanggung kos yang banyak termasuk sewa lori,” katanya.

Sementara itu, inisiatif berbeza pula dilaksanak­an pengusaha di Kampung Keluang, Besut apabila bertindak menjual lebih awal ikan ternakan mereka bagi mengelakka­n kerugian.

Penternak dan pemborong ikan, Ismail Ab Rahman berkata kira-kira 200,000 anak ikan siakap berukuran 1.27 hingga 6.35 sentimeter (cm) telah dibeli daripada tujuh pengusaha di situ.

“Sepatutnya benih tersebut berukuran 10cm ke atas baru boleh dijual tetapi bagi mengelak pengusaha menanggung kerugian jika kolam ditenggela­mi air hujan, mereka bertindak menjualnya lebih awal.

“Di sini (Kampung Keluang) adalah pusat asuhan benih siakap yang diternak sebaik telur menetas dan dijual sehingga mencapai ukuran tertentu,” katanya.

Menurut Ismail, benih ikan dibelinya itu akan dipindahka­n ke kolam tangki berbumbung yang disewa khas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ELAK KERUGIAN: Para pekerja kelihatan sedang memindahka­n kerapu hibrid untuk dipindahka­n ke dalam kolam tangki di Bandar Permaisuri, semalam.
— Gambar Bernama ELAK KERUGIAN: Para pekerja kelihatan sedang memindahka­n kerapu hibrid untuk dipindahka­n ke dalam kolam tangki di Bandar Permaisuri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia