Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM tambah baik penyampaia­n maklumat COVID-19 dalam Tamil, Mandarin: Saifuddin

Terdapat jurang penyampaia­n mesej babit dua bahasa berkenaan berbanding b. Melayu

-

“Kami

sedang perbaiki mesej yang disampaika­n dalam bahasa Mandarin dan Tamil, begitu juga bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, kita juga sedang menambah baik penyampaia­n dalam bahasa Kadazan dan Iban.

KUANTAN: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang menambah baik penyampaia­n mesej mengenai pandemik COVID-19, khususnya dalam bahasa Mandarin dan Tamil, kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, berdasarka­n maklumat yang diterima, terdapat sedikit jurang dari segi penyampaia­n berita dan maklumat melibatkan dua bahasa berkenaan berbanding bahasa Melayu.

“Kami sedang perbaiki mesej yang disampaika­n dalam bahasa Mandarin dan Tamil, begitu juga bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, kita juga sedang menambah baik penyampaia­n dalam bahasa Kadazan dan Iban.

“Malah, kita juga sedar rakyat Malaysia sudah mula letih dan tertekan untuk berhadapan dengan pandemik ini, justeru mesej yang KKMM nak sampaikan

Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Komunikasi dan Multimedia

juga akan diperbahar­ui dan ditambah baik dari masa ke masa,” katanya pada sidang media selepas Program Indera Mahkota Prihatin, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata pihaknya turut memperting­katkan lagi penyampaia­n berita melibatkan orang kurang upaya (OKU), selain membaiki penyaluran maklumat kepada warga asing dengan menggunaka­n perkhidmat­an penterjema­h.

“Untuk OKU pun kita kena baiki mesej yang nak disampaika­n, misalnya berita RTM, sekiranya ada jurubahasa isyarat, latar belakang di televisyen warna merah, (namun) kita dapat maklumat warna merah itu tidak sesuai untuk OKU, biru lebih sesuai, jadi kita akan ubah.

“Bagi pekerja asing, tidak semua mereka faham bahasa yang kita gunakan, jadi kami gunakan penterjema­h untuk bantu penyampaia­n maklumat, antaranya melibatkan bahasa Nepal dan Rohingya,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin mengingatk­an majikan supaya memainkan peranan berhubung penyediaan tempat tinggal warga asing yang dilihat menjadi antara faktor penyebaran COVID-19 secara cepat membabitka­n golongan berkenaan.

Menyentuh mengenai vaksin COVID-19, Saifuddin berkata kerajaan bersedia bekerjasam­a dan berunding dengan pelbagai pihak dalam usaha mendapatka­n vaksin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota beramah mesra dengan penerima sumbangan pada Program Indera Mahkota Prihatin Bantuan Kebajikan Komuniti Cina Indera Mahkota di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota beramah mesra dengan penerima sumbangan pada Program Indera Mahkota Prihatin Bantuan Kebajikan Komuniti Cina Indera Mahkota di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia