Utusan Borneo (Sarawak)

Campak cucu dari apartmen: Saksi dengar pertengkar­an

-

KUALA LUMPUR: Saksi kejadian kanak-kanak maut dipercayai dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen di Danau Kota di sini, mendakwa mendengar bunyi bising dan pertengkar­an sebelum insiden tragis itu berlaku.

Idayu Ismail, 24, berkata selepas mendengar bunyi bising pada kira-kira jam 8 pagi, beliau membuka pintu sedikit lantas mengintai dan terlihat dua wanita dipercayai ahli keluarga suspek kes itu berada di tangga berhadapan unit apartmenny­a, sedang meminta tolong.

“Saya terdengar mereka meminta tolong dan tengok isteri suspek berada dalam keadaan bogel dan berlumuran darah, menyebabka­n saya segera menghubung­i polis,” katanya kepadanya pemberita di sini, semalam.

Seorang lagi saksi Maimun Ismail, 41, berkata dia dan adiknya membantu menutup tubuh seorang wanita dipercayai isteri suspek yang tidak berpakaian dan diberitahu suspek masih bersama cucu tirinya itu di dalam rumah.

Idayu mendakwa tidak lama kemudian kedengaran bunyi sesuatu dicampak ke bawah, dan boleh didengar dari unit apartmenny­a yang terletak di tingkat bawah.

“Suspek didapati membaling telefon bimbitnya ke bawah dan mencampak cucu tirinya itu melalui tingkap kediamanny­a di tingkat tiga, sebelum suspek terjun dari tingkap yang sama,” katanya.

Suspek mengalami kecederaan akibat terjun dari tingkat tiga dan ditahan oleh penduduk setempat dan pengawal keselamata­n apartmen berkenaan, sebelum diserahkan kepada polis yang kebetulan baru tiba.

Ekoran kejadian itu, seorang suspek lelaki warga Nigeria berusia 42 tahun ditahan, kerana dipercayai mencampakk­an cucu lelaki tirinya dari tingkat tiga sebuah apartmen.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila suspek dikatakan cuba merogol seorang daripada anak perempuan tirinya berusia 24 tahun, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun iaitu mangsa yang maut.

Suspekdila­porkanmemu­kul cucu tirinya itu sehingga lemah-longlai, sebelum mencampakn­ya ke luar tingkap di bilik utama selepas dihalang isterinya dan tiga anak tirinya yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia