Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat langgar SOP akan diarah tutup serta-merta: Azmin

-

KUALA LUMPUR: Manamana syarikat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berdepan dengan tindakan pembatalan kebenaran beroperasi sertamerta selain dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, satu surat mengenai arahan pematuhan SOP telah dikeluarka­n pihaknya kepada 171 persatuan dan dewan perniagaan pada 26 November lepas.

“Surat tersebut sebagai membuktika­n bahawa Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri memandang serius kepada aspek pematuhan SOP berikutan peningkata­n kes baharu COVID-19 ketika ini,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, demikian selepas Majlis Makan Tengah Hari bersama Pertubuhan Pewaris Anakanak Melayu Gombak dan Penggerak Komuniti Tempatan Gombak di sini semalam.

Memperinci­kan kandungan surat tersebut, Mohamed Azmin berkata syarikat yang didapati melanggar SOP dan tidak memberikan kerjasama kepada Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan dikenakan tindakan menutup premis dan kilang berkenaan di bawah Seksyen 18 1 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Soalnya sekarang adalah pematuhan SOP serta tanggungja­wab majikan menanggung kos ujian saringan COVID-19 dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, pemain industri perlu memainkan peranan dengan menyumbang usaha ke arah memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal.

“Jangan letak beban kepada kerajaan sahaja. Industri telah meraih keuntungan yang besar maka mereka juga perlu menyumbang kepada usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pekerja khususnya warga asing,” tegasnya.

Terdahulu, Mohamed Azmin menyampaik­an sumbangan kepada 25 penerima terdiri daripada pelajar golongan B40 dan masyarakat Orang Asli, koperasi sekolah serta pengusaha perusahaan kecil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia