Utusan Borneo (Sarawak)

Juve lumpuh tanpa Ronaldo, Inter naik ke tangga kedua liga

-

MILAN: Juventus sekali lagi menunjukka­n kebergantu­ngan mereka kepada Cristiano Ronaldo ketika tanpa penyerang sensasi itu, mereka seri 1-1 di Benevento pada Sabtu sementara, Inter Milan menewaskan Sassuolo 3-0 untuk melonjak ke tangga kedua Serie A Itali.

Keputusan seri kelima dari sembilan perlawanan liga buat Juventus menyebabka­n mereka kekal di tangga kelima, tiga mata di belakang pendahulu liga, AC Milan, yang bermain lewat menentang Fiorentina.

Ronaldo tidak bermain selepas menjaringk­an gol ketika Juventus menewaskan Ferencvaro­s 2-1 untuk mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua Liga Juara-Juara pada Selasa lepas.

“Setiap pasukan ketagih dengan Ronaldo, walaupun di Real Madrid apabila beliau menjaringk­an banyak gol,” kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo, yang menggambar­kan penyerang antarabang­sa Portugal itu sebagai “pemangkin” utama.

Di Emilia-Romagno, Inter bangkit dari kekalahan 0-2 kepada Real Madrid dalam Liga Juara-Juara dengan memberikan kekalahan pertama Sassuolo musim ini.

Kemenangan meletakkan Inter

di tangga kedua, di hadapan Sassuoalo dengan kedua-dua pasukan berkongsi 18 mata selepas sembilan perlawanan.

“Ia bukan mudah, terutama di Inter kerana ramai orang tidak sabar untuk mengkritik kami,” kata jurulatih Inter, Antonio Conte.

“Tetapi kami bersatu dan situasi ini seharusnya memberikan lebih kekuatan kepada kami.”

Pada perlawanan lain, Atalanta tewas 0-2 kepada Hellas Verona, beberapa hari selepas menewaskan Liverpool dalam Liga Juara-Juara.

Kemenangan di Anfield adalah kemenangan tunggal Atalanta dari lima perlawanan dalam semua pertanding­an dan kekalahan pada Sabtu menyebabka­n mereka tercicir ke tangga kesembilan, kurang enam mata dari pendahulu liga. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia