Utusan Borneo (Sarawak)

Neymar tuntut peningkata­n prestasi PSG

-

PARIS: Neymar menjaringk­an gol liga ke-50 beliau bersama Paris Saint Germain (PSG) tetapi memberi amaran kepada pasukannya untuk memperbaik­i prestasi secepat mungkin menjelang satu perlawanan penting Liga Juara-Juara menentang Manchester United selepas seri 2-2 dengan Bordeaux dalam aksi Ligue 1 Perancis pada Sabtu.

Pemain paling mahal di dunia itu menjaringk­an gol penalti untuk mengikat gol awal Bordeaux yang dijaringka­n oleh pemain PSG sendiri, Timothee Pembele untuk menjadi pemain paling pantas mencapai mercu tanda 50 gol liga bersama PSG, mengatasi rekod yang dicipta Zlatan Ibrahimovi­c sebelum ini.

Moise Kean kemudian meletakkan PSG di hadapan buat kali pertama namun Yacine Adli mengikat kedudukan pada separuh masa kedua.

Ia keputusan mengecewak­an buat juara bertahan liga, seminggu selepas tewas 2-3 kepada Monaco, dan pencabar terdekat, Lille, boleh mengikat kedudukan mata di tangga teratas liga jika menewaskan

Saint Etienne pada perlawanan lewat.

“Jika kami tidak meningkatk­an prestasi, ia pastinya sukar untuk kami dalam liga dan juga dalam Liga JuaraJuara,” kata Neymar ketika memberitah­u penyiaran Canal Plus menjelang kunjungan ke Manchester United pada Rabu depan.

PSG sekali lagi kehilangan beberapa pemain utama, seperti yang kerap berlaku musim ini dengan penjaga golnya, Keylor Navas dan kapten pasukan, Marquinhos antara mereka yang tidak beraksi di Parc des Princes.

Pada perlawanan lain, Marseille melupakan pencapaian buruk dalam Liga Juara-Juara apabila menewaskan Nantes 3-1.

Florian Thauvin dan Dimitri Payet menjaringk­an gol sebelum Dario Benedetto menjaringk­an gol ketiga dari satu tendangan penalti. Gol sagu hati Nantes dijaringka­n Ludovic Blas.

Ia adalah kemenangan liga keempat berturut-turut buat Marseille, membolehka­n mereka naik ke tangga ketiga liga.

Marseille tewas 13 perlawanan berturut-turut dalam Liga Juara-Juara apabila tewas 0-2 kepada Porto di tempat sendiri pada pertengaha­n minggu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERJATUH: Neymar (terbaring) selepas diasak pemain pertahanan lawan dalam aksi Ligue 1 di antara PSG dan Bordeaux di Stadium Parc des Princes di Paris.
— Gambar AFP TERJATUH: Neymar (terbaring) selepas diasak pemain pertahanan lawan dalam aksi Ligue 1 di antara PSG dan Bordeaux di Stadium Parc des Princes di Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia