Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid tumpas 2-1 di laman sendiri kepada Alaves

-

MADRID: Real Madrid tewas 1-2 di tempat sendiri kepada Alaves dalam aksi La Liga Sepanyol sementara kelab jiran, Atletico Madrid, berkongsi mata dengan pendahulu liga, Real Sociedad untuk melanjutka­n tempoh memenangi enam perlawanan berturut-turut.

Lucas Perez menyempurn­akan satu tendangan penalti seawal minit kelima perlawanan di Stadium Alfredo di Stefano sebelum Joselu menambah jaringan tidak lama selepas rehat ekoran kesilapan penjaga gol Real, Thibaut Courtois.

Casemiro merapatkan kedudukan buat Real pada minit ke-86 tetapi ia ternyata terlalu lewat untuk mencari gol penyamaan apabila Alaves bertahan dengan kental untuk kemenangan yang membolehka­n mereka naik ke tangga kesembilan liga.

Real kekal di tangga keempat dan enam mata di belakang Real Sociedad dan Atletico.

“Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane, dengan pasukannya menang 2-0 di Inter Milan dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu namun tewas buat kali ketiga dalam 10 perlawanan liga musim ini.

“Kami bertukar saat yang baik dan buruk. Sebelum ini kami bermain dengan baik di Milan dan hari ini (Sabtu), tiga hari kemudian, kami bermain seperti ini di tempat sendiri.”

“Ia adalah aksi terburuk kami musim ini,” tambah beliau. “Kami tidak dapat mengubah rentak permainan. Ia menjengkel­kan saya dan juga pemain. Masalahnya sekarang ialah tentang konsistens­i.”

Pada perlawanan awal, Atletico menewaskan Valencia 1-0 untuk memperbaha­rui rekod tanpa kalah kepada 25 perlawanan.

Mereka kekal di tangga kedua tetapi berkongsi 23 mata dengan Real Sociedad, yang kurang satu perlawanan dengan gol sendiri Toni Lato memastikan kemenangan ketika berbaki 11 minit permainan.

Atletico hanya bolos dua kali dari sembilan perlawanan liga setakat musim ini.

“Kami melakukan peningkata­n besar sejak bulan April, sejak perlawanan menarik di Liverpool,” kata Simeone ketika merujuk kemenangan agregat 4-2 ke atas Liverpool di pusingan kedua Liga JuaraJuara.

“Kepulangan ke La Liga (selepas perintah berkurung pertama) adalah sangat bagus dan pasukan sudah mula menunjukka­n petanda menggalakk­an Keputusan ini adalah kerana peningkata­n semua pemain.”

Pada perlawanan lain, Sevilla menewaskan Huesca 1-0 menerusi gol Youssef En-Nesyr, membolehka­n mereka kurang satu mata di belakang Real Madrid. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEMAS: Antara babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Alaves di Stadium Di Stefano di Madrid.
— Gambar AFP CEMAS: Antara babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Alaves di Stadium Di Stefano di Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia