Utusan Borneo (Sarawak)

KASTAM PANDANG SERIUS KES UGUTAN BUNUH PEGAWAI KANANNYA

-

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memandang serius terhadap sebarang bentuk ugutan atau ancaman ke atas pegawaipeg­awai jabatan itu.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir menegaskan, pihaknya akan terus menjalanka­n amanah menjaga keselamata­n dan hasil negara melalui penguatkua­saan yang ketat dan tidak akan berkomprom­i dengan ancaman daripada mana-mana anasir yang ingin mengganggu gugat kedaulatan serta keselamata­n negara.

Oleh itu, beliau menggesa orang ramai tampil membantu pihaknya memerangi jenayah penyeludup­an khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihati tidak membabitka­n diri dengan aktiviti tersebut.

“Penyeludup­an bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah ia turut mendatangk­an ancaman kepada keselamata­n negara dan kesejahter­aan rakyat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau juga menyeru kepada orang awam agar memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an dengan menghubung­i Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.

“Pihak kastam juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiaka­n,” tambah Abdul Latif.

Mengulas tentang ugutan jenayah terhadap pegawai kanan JKDM Sarawak barubaru ini, beliau berkata insiden ugutan yang berlaku itu dipercayai mempunyai kaitan dengan operasi yang telah dijalankan di Pelabuhan

Rajang, Sibu dan Pelabuhan Bintulu bermula 21 Oktober lalu hingga 13 November lalu.

Dedahnya, operasi di keduadua pelabuhan tersebut secara keseluruha­n telah berjaya menghasilk­an nilai rampasan dalam anggaran berjumlah RM2.64 juta dengan anggaran jumlah cukai atau duti terlibat yang dianggarka­n sebanyak RM655,301.76.

Pada 26 November lalu antara jam 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari,

Abdul Latif berkata, seorang pegawai kanan kastam Sarawak telah menjumpai satu sampul surat yang bertulis ‘DEATH’ di tempat letak kenderaan rumah beliau yang mengandung­i dua butir peluru dan sekeping nota dengan tulisan berwarna merah berbunyi ‘GOT TWO BULLET ONE SHORT ONE LONG WHICH ONE YOU WANT’.

Jelas beliau, semakan yang dibuat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pada jam 7.15 malam, 25 November 2020, sebuah kereta telahberhe­ntidihadap­anrumah pegawai kanan tersebut.

“Kemudian,seorangind­ividu keluar dari kereta dan didapati telah mencampak sesuatu ke ruang letak kenderaan di rumah beliau.

“Pegawai tersebut telah membuat laporan polis pada 26 November 2020 setelah menerima ugutan tersebut dan berpendapa­t bahawa keselamata­n diri serta keluarga beliau terancam.

“Pada hari yang sama, pihak polis telah pergi ke rumah pegawaiter­sebutuntuk­menjalanka­n siasatan dan mengumpul maklumat,” katanya.

Menurutnya lagi, sebelum insiden tersebut, pada 22 November 2020, dua butir peluru yang diisi di dalam sampul surat dengan nota bertulis ‘GOT TWOBULLETO­NESHORT ONE LONG WHICH ONE YOU WANT’ telah dijumpai di rumah jiran pegawai tersebut yang berhadapan dengan rumahnya.

Katanya, dipercayai peluru yang dijumpai turut ditujukan kepada pegawai yang sama tetapi telah tersalah hantar.

“Individu yang menerima sampul surat bersama nota ugutan dan dua butir peluru itu juga telah membuat laporan polis dan telah memaklumka­n pegawai berkenaan mengenai insiden yang telah berlaku,” ujarnya.

Justeru, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)keranatela­hbertindak pantas menyiasat dan menangani isu ini sehingga berjaya menangkap tiga individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia