Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir separuh sampel anjing yang diambil di Sibu sah positif rabies SITUASI RABIES MEMBIMBANG­KAN

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Situasi rabies di Sibu pada masa kini membimbang­kan berikutan hampir 50 peratus sampel anjing yang diambil secara rawak dan dihantar untuk ujian virus rabies adalah positif.

Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa'ee berkata, sebanyak 104 sampel telah diambil untuk diuji pada tahun ini dan 50 daripada sampel terbabit diuji positif rabies.

"Dalam kata lain, jika ada dua ekor anjing liar di kawasan kamu, salah seekor berkemungk­inan positif rabies dan tidak mustahil seekor lagi akan turut dijangkiti.

"Sebab itu jika kamu bertanya kepada saya di mana kawasan panas rabies di Sibu sekarang, saya boleh katakan di mana-mana sahaja jika kita melihat kepada jumlah (positif rabies) ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Plogging, Kesedaran Pembasmian COVID-19, Wabak Rabies dan Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya di Padang Futsal Kampung Nangka, semalam.

Hadir sama Senator Robert Lau Hui Yew, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting dan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun.

Menurut Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan

Penyelidik­an Teknologi, beliau bukan berniat untuk menimbulka­n panik dalam kalangan masyarakat tetapi hanya mahu penduduk Sibu lebih berwaspada dengan kehadiran anjing liar di kawasan mereka.

Ini kerana katanya, statistik Jawatankua­sa Kawalan Penyakit Berjangkit Rabies Bahagian Sibu bagi 2020 menunjukka­n 1,801 anjing liar telah berjaya ditangkap.

Pada tahun sama, sebanyak 1,350 kes gigitan anjing dilaporkan yang mana daerah Sibu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,213 kes, diikuti 90 kes di Kanowit dan 47 kes di Selangau.

"Sudah tentu pihak berwajib seperti Jabatan Veterinar dan majlis tempatan melakukan pelbagai langkah pencegahan dengan baik melalui program kesedaran dan vaksinasi percuma.

"Tetapi apa yang lebih penting adalah langkah keselamata­n yang harus diambil orang ramai dengan memastikan diri mereka tidak digigit anjing, jika digigit segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Lau mencadangk­an supaya kemas kini laporan kes rabies di Sarawak khususnya di bahagian Sibu didedahkan kepada orang awam seperti laporan kes COVID-19.

Beliau berkata, orang awam harus dimaklumka­n mengenai jumlah dan lokasi terkini kes rabies di kawasan mereka bagi meningkatk­an tahap kesedaran akan ancaman wabak ini.

Mengenai perkara terbabit, Dr Annuar bersetuju dengan cadangan tersebut dan beranggapa­n penting untuk orang awam dimaklumka­n dengan baik.

"Seperti laporan COVID19, setiap hari orang awam dimaklumka­n mengenai jumlah kes dan kawasankaw­asan Zon Merah.

"Oleh itu, kita harus mendapatka­n kebenaran daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sama ada kita boleh memaklumka­n situasi rabies setiap minggu kepada orang awam," katanya.

 ??  ?? SITUASI SERIUS: (Dari kiri) Ting, Siaw, Dr Annuar serta Lau (empat kanan) dan Dr Teh (dua kanan) merakam gambar kenangan pada Program Plogging, Kesedaran Pembasmian COVID-19, Wabak Rabies
dan Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya di Padang Futsal Kampung Nangka, semalam.
SITUASI SERIUS: (Dari kiri) Ting, Siaw, Dr Annuar serta Lau (empat kanan) dan Dr Teh (dua kanan) merakam gambar kenangan pada Program Plogging, Kesedaran Pembasmian COVID-19, Wabak Rabies dan Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya di Padang Futsal Kampung Nangka, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia