Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan perlu perincian

Cadangan kurangkan pegawai, anggota polis anak Sarawak di Kontinjen Sarawak perlu diperinci lebih mendalam

-

KUCHING: Cadangan mengurangk­an peratusan pegawai dan anggota polis dalam kalangan anak Sarawak yang berkhidmat di Kontinjen Sarawak perlu diperinci secara lebih mendalam.

Setiausaha Agung Gabungan Parti

Setiausaha Agung GPS

Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ia termasuk rasional di sebalik langkah penguranga­n itu kerana ia menimbulka­n keresahan dalam kalangan pegawai dan anggota terbabit, begitu juga dengan keluarga mereka.

Ia juga katanya, akan mewujudkan banyak tanda tanya kepada masyarakat sendiri kerana rekod menunjukka­n tidak timbul sebarang masalah atau isu membabitka­n pasukan keselamata­n itu di Sarawak sebelum ini.

“Saya tidak berniat mahu mencampuri hal ehwal pentadbira­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) namun penjelasan mengenainy­a adalah perlu bagi mengelak persepsi atau sentimen tertentu dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Dan sebagai wakil rakyat yang mewakili suara Sarawak, perkara ini perlu dibangkitk­an untuk diberi perhatian sewajarnya oleh pengurusan tertinggi PDRM di Bukit Aman,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan mengenai hasrat PDRM mengurangk­an peratusan pegawai dan anggota dalam kalangan anak Sarawak yang berkhidmat di negeri asal mereka ketika ini.

Saya tidak berniat mahu mencampuri hal ehwal pentadbira­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) namun penjelasan mengenainy­a adalah perlu bagi mengelak persepsi atau sentimen tertentu

” dalam kalangan rakyat Sarawak.

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Ramli Din dalam temu bual bersama media sempena lawatan kerjanya ke Sarawak pada 20 November lalu berkata, lebih 70 peratus pegawai dan anggota polis berkhidmat di Kontinjen Sarawak ketika ini adalah daripada kalangan anak Sarawak.

Jumlah itu katanya, melebihi sasaran 40 peratus keanggotaa­n dalam kalangan anak jati negeri yang ditetapkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak dan maka itu langkah penguranga­n perlu dilaksanak­an secara berperingk­at.

Bagaimanap­un, Nanta yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berpendapa­t tiada halangan jika proses itu membabitka­n pegawai kanan yang berpotensi membuka peluang kenaikan pangkat mereka sama ada dipindahka­n bertugas ke Bukit Aman, negeri atau daerah lain di luar Sarawak.

Begitu juga katanya, pegawai dan anggota muda bertujuan memberi peluang menimba pengalaman penugasan yang boleh menyumbang kepada pengembang­an karier kepolisan mereka.

“Namun, keresahan timbul sekiranya ia membabitka­n pegawai dan anggota yang menghampir­i usia berpencen serta sudah membuat persediaan sewajarnya untuk menempuh alam persaraan atau mereka yang sudah berkeluarg­a.

“Ini mungkin menimbulka­n pelbagai kerumitan kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga masing-masing sekali gus mewujudkan tekanan yang tidak sepatutnya ke atas pegawai dan anggota terbabit khususnya keluarga mereka,” katanya.

Turut dibimbangk­an sekiranya mereka dikenakan tindakan, termasuk peluang kenaikan pangkat yang disekat andainya gagal mematuhi arahan perpindaha­n dikeluarka­n, ujar Nanta.

Beliau yakin terdapat mekanisme lain yang lebih bersesuaia­n untuk proses kenaikan pangkat pegawai dan anggota terbabit, seterusnya kekal menabur bakti di negeri sendiri.

“Justeru, keprihatin­an kepimpinan tertinggi PDRM khususnya Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador amat dialu-alukan bagi memperhalu­si perkara ini dan mencari jalan penyelesai­an terbaik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NANTA
NANTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia