Utusan Borneo (Sarawak)

Dari ‘Grey’s Anatomy’ ke ‘This Is Us’, COVID-19 jadi jalan cerita siri TV

-

DENGAN COVID yang merosakkan setiap aspek kehidupan penonton, beberapa siri TV, daripada drama perubatan yang ketara hingga kepada sitkom, telah memasukkan pandemik ke dalam jalan cerita musim terbaharu mereka, tetapi ada juga yang mengelakny­a sama sekali.

Dalam babak pembukaan musim baharu drama hospital yang sudah lama bersiaran ‘Grey’s Anatomy’, Meredith Grey menikmati saat hening bersendiri­an di tepi pantai.

Dia tiba-tiba tersedar dari mimpi itu, keletihan, dengan memakai PPE lengkap, dalam sebuah bilik kecemasan yang begitu sibuk.

“Saya rasa kita ada tanggungja­wab untuk benar-benar menunjukka­n apa yang telah dilalui pekerja penjagaan kesihatan ini,” kata bintang siri Ellen Pompeo dalam satu wawancara bersama Deadline barubaru ini.

Pada waktu ramai warga Amerika “rasa jengkel memakai pelitup muka” dan “terpisah” daripada cabaran yang dihadapi hospital, musim terbaharu ‘Grey’s’ memberi “peluang untuk menceritka­n kisah tentang betapa sukarnya ini bagi pekerja penjagaan kesihatan kita”, katanya.

Diane Frolov dan Andrew Schneider, mengurus siri bagi siri terbitan NBC ‘Chicago Med’, memberitah­u AFP bahawa “sebagai sebuah siri hospital, kita tahu kita perlu menangani pandemik ini”.

“Setakat ini, ia memainkan peranan yang tidak langsung namun bersifat tangen dalam setiap daripada episodepis­od baharu,” kata Frolov dan Schneider tentang musim keenam siri tersebut, yang mengadakan tayangan episod pertama pada 11 November lepas.

“Walaupun kita tidak membuat cerita-cerita pesakit COVID, virus itu telah mengubah protokol dan prosedur dengan begitu ketara sekali di hospital.”

Siri perubatan lain seperti ‘The Good Doctor’ terbitan ABC sudah menangani virus itu, manakala ‘New Amsterdam’ dan ‘The Resident’ bersedia untuk mengikuti jejak mereka pada 2021.

Di luar persekitar­an hospital, sirisiri rangkaian

AS turut memasukkan unsur-unsur daripada impak pandemik.

Drama hit terbitan NBC ‘This is Us’ menunjukka­n anggota keluarga Pearson berlindung di rumah, dan matriark Rebecca terpaksa menunda satu ujian klinikal Alzheimer, disebabkan oleh koronaviru­s.

‘The Conners’ terbitan ABC ada cerita sendiri mengenai isu itu, dengan menangani pandemik itu menerusi kesusahan kewangan yang ia telah cipta bagi watak-watak sitkom tersebut.

“Bagi sebuah keluarga yang sentiasa mengalami masalah ekonomi dan hidup amnya tanpa jaring keselamata­n, impak ekonomi daripada keadaan ini adalah sesuatu yang kami rasakan kami perlu tulis,” kata Dave Caplan, penulis dan penerbit eksekutif siri itu yang lahir daripada ‘Roseanne’.

Pada mulanya cuba untuk melancarka­n kariernya sebagai seorang penulis, Darlene Conner terpaksa mencari pekerjaan di sebuah kilang tempatan, di mana dia bekerja bersama kakaknya Becky yang juga mempunyai masalah kewangan. Bapa mereka pula berdepan dengan pengusiran.

“Kami tidak segan untuk pergi ke tempat yang sangat serius bagi beberapa subjek, yang membolehka­n kita untuk turut mengeksplo­itasi ketegangan itu dengan kelucuan,” jelas penulis dan penerbit bersama Bruce Helford.

“Kita sentiasa mendapati bahawa gelak ketawa terbesar berlaku apabila audiens rasa tidak selesa sedikit dan kemudian mereka dibenarkan untuk hanya ketawa mengenainy­a.”

“Mencari komedi dan kelucuan sebenarnya adalah lebih mudah kerana ini merupakan keadaan yang amat baharu sekali dan tidak pernah ditangani sebelum ini”, sesuatu yang sangat jarang sekali berlaku, menurut Helford.

‘The Conners’ turut melakukan usaha yang sedar untuk menggambar­kan perpecahan politik yang ketara di Amerika Syarikat berhubung pandemik sekarang dan cara ia ditangani.

Anak lelaki Darlene, Mark, dicabar di sekolah oleh seorang budak dari keluarga yang menentang sekatan COVID.

“Kami menyentuh tentangnya kerana kita tidak boleh mengetepik­annya,” kata Helford. “Dan kami cuba melakukann­ya dengan seimbang.”

Selain siri sedia ada, pelantar penstriman dan saluran kabel telah cuba membuat siri baharu yang berkisar sekitar koronaviru­s, seperti ‘Coastal Elites’ terbitan HBO atau ‘Social Distance’ terbitan Netflix – tetapi tidak begitu berjaya.

Pada satu lagi hujung skala, banyak siri menyajikan dos eskapisme atau peluang untuk lari daripada kenyataan dengan mengetepik­an langsung COVID, kadang-kadang kerana ia dirakamkan sebelum pandemik melanda seperti siri hit Netflix baru-baru ini ‘Emily In Paris’ atau ‘Mom’ terbitan CBS.

Pada musim bunga lalu, penulis bagi ‘The Neighborho­od’, sebuah komedi CBS yang berkisar sekitar sebuah keluarga kulit putih yang pindah ke sebuah kawasan kejiranan kulit hitam, telah menimbang sama ada untuk menangani pandemik pada musim ketiga, kata pelakon Cedric the Entertaine­r dalam satu temu ramah bersama TVLine. “Dan kemudian George Floyd berlaku, dan ia rasa seperti satu perbincang­an yang lebih penting.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP
— Gambar AFP ?? COVID-19 DALAM SIRI TV: Gambar fail yang diambil pada 1 Oktober 2018 menunjukka­n (dari kiri) pelakon Max Greenfield, Beth Behrs dan Cedric the Entertaine­r menghadiri tayangan khas ‘The Neighborho­od’ dan ‘Happy Together’ di Los Angeles, California.
DIJADIKAN PLOT CERITA: Gambar fail bertarikh 9 November 2015 menunjukka­n Pengeluar Eksekutif Andrew Schneider dan Diane Frolov menghadiri sidang media untuk siri NBC, ‘Chicago Fire’, ‘Chicago P.D.’ dan ‘Chicago Med’ di Cinespace Chicago Film Studios di Chicago, Illinois. Dengan COVID-19 yang merosakkan setiap aspek kehidupan penonton, beberapa siri TV, daripada drama perubatan yang ketara hingga kepada sitkom, telah memasukkan pandemik ke dalam jalan cerita musim terbaharu mereka.
— Gambar AFP — Gambar AFP COVID-19 DALAM SIRI TV: Gambar fail yang diambil pada 1 Oktober 2018 menunjukka­n (dari kiri) pelakon Max Greenfield, Beth Behrs dan Cedric the Entertaine­r menghadiri tayangan khas ‘The Neighborho­od’ dan ‘Happy Together’ di Los Angeles, California. DIJADIKAN PLOT CERITA: Gambar fail bertarikh 9 November 2015 menunjukka­n Pengeluar Eksekutif Andrew Schneider dan Diane Frolov menghadiri sidang media untuk siri NBC, ‘Chicago Fire’, ‘Chicago P.D.’ dan ‘Chicago Med’ di Cinespace Chicago Film Studios di Chicago, Illinois. Dengan COVID-19 yang merosakkan setiap aspek kehidupan penonton, beberapa siri TV, daripada drama perubatan yang ketara hingga kepada sitkom, telah memasukkan pandemik ke dalam jalan cerita musim terbaharu mereka.
 ??  ?? ELLEN POMPEO
ELLEN POMPEO
 ??  ?? MANDY MOORE
MANDY MOORE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia