Utusan Borneo (Sarawak)

BAYERN MUNICH BERJAYA ELAK MASALAH

Walaupun kembali ke puncak liga, Kloop berang waktu perlawanan yang menyebabka­n pasukannya seri 1-1 dengan Brighton

-

Saya belum menyelar badan penyiaran, saya hanya berkata bagaimana keadaannya. Selepas (perlawanan) Rabu, Sabtu pada jam 12.30 (waktu tempatan) adalah masa yang sangat berbahaya untuk

” pemain.

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berang dengan jadual ‘bahaya’ ketika pasukannya mempunyai dua gol yang tidak dibenarkan sebelum menghadiah­kan dua tendangan penalti apabila seri 1-1 di Brighton sementara Manchester City kembali menyerlah dengan membelasah Burnley 5-0 pada Sabtu.

Liverpool kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris, namun hanya berkelebih­an satu mata berbanding Tottenham Hotspur tetapi terkilan dengan gol penalti minit akhir Pascal Gross untuk memastikan satu mata berharga buat Brighton.

Klopp sebelum ini menyuaraka­n rasa tidak senang sepanjang minggu kerana bermain perlawanan awal waktu tengah hari, hanya tiga hari selepas pasukannya tewas kepada Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara.

Sudah terkesan dengan ramai pemain yang cedera, Liverpool mengalami satu lagi kekecewaan apabila James Milner pula mengalami kecederaan dalam separuh masa kedua.

“Tahniah” kata Klopp dengan nada sindiran kepada seorang wartawan televisyen untuk penyiaran BT Sport. “Anda bekerja untuk mereka? Kecederaan baharu, mengejutka­n.

“Saya belum menyelar

Juergen Klopp

badan penyiaran, saya hanya berkata bagaimana keadaannya. Selepas (perlawanan) Rabu, Sabtu pada jam 12.30 (waktu tempatan) adalah masa yang sangat berbahaya untuk pemain.”

City melupakan masalah mereka di jentera serangan apabila menjaringk­an lima gol ketika menewaskan Burnley untuk perlawanan keempat berturut-turut di antara kedua-dua pasukan di Stadium Etihad.

Kemenangan meletakkan City kurang enam mata di belakang Liverpool dan mereka juga kurang satu perlawanan.

“Ia penting untuk kami menjaringk­an gol dan terus berusaha,” kata Guardiola, yang berharap jadual perlawanan bulan lepas boleh meletakkan pasukannya kembali memberikan saingan kejuaraan liga.

Sergio Aguero tidak terlibat pada perlawanan bersama City tetapi Guardiola mengesahka­n bahawa ia adalah kerana kecederaan berbanding mempunyai pertalian dengan Diego Maradona, yang meninggal dunia pada usia 60 tahun Rabu lepas.

Aguero pernah berkahwin dengan anak perempuan Maradona dan mempunyai seorang cahaya mata.

Pada perlawanan lain, pengurus Everton gagal menahan sebak sebelum pasukannya tewas 0-1 kepada Leeds United ketika penghormat­an diberikan kepada Maradona pada semua perlawanan liga hujung minggu ini dengan tafakur seminit sebelum sepak mula.

Kemenangan melonjak

Pengurus Liverpool

Leeds ke tangga ke-11 sementara kekalahan keempat dari lima perlawanan menyebabka­n Everton kekal di tangga keenam.

West Brom meraih kemenangan pertama sejak kembali ke Liga Perdana apabila menewaskan Sheffield United menerusi gol Connor Gallagher.

Kemenangan membolehka­n West Brom meninggalk­an zon penyingkir­an sementara Sheffield kekal di tangga tercorot dengan hanya satu mata dari 10 perlawanan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DETIK MENDEBARKA­N: Babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton dan Liverpool yang berlangsun­g di Stadium American Express Community di Brighton.
— Gambar AFP DETIK MENDEBARKA­N: Babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton dan Liverpool yang berlangsun­g di Stadium American Express Community di Brighton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia