Utusan Borneo (Sarawak)

FINAS KUMPUL MAKLUMAT PENGGIAT INDUSTRI SENI KREATIF

Ia untuk hulur bantuan kepada mereka berikutan kesan kepada ekonomi akibat pandemik COVID-19: Norhyati

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kita sehingga kini masih mencari maklumat para pengiat seni di Sarawak termasuk pelakon, penulis skrip, jurukamera dan pelawak dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam industri.

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) Cawangan Sarawak berusaha mengumpul maklumat para penggiat industri seni kreatif termasuk pelawak negeri ini, untuk diberikan bantuan.

Ahli Perbadanan FINAS Datuk Norhyati Ismail berkata, usaha itu dilakukan bertujuan menghulurk­an bantuan kepada pemain industri seni tanah air berikutan kesan kepada ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Menurut beliau, FINAS telah menghulurk­an pelbagai bantuan termasuk wang tunai kepada penggiat industri seni sebagai menunaikan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di seluruh negara setakat ini.

“Kita sehingga kini masih mencari maklumat para

Ahli Perbadanan FINAS

pengiat seni di Sarawak termasuk pelakon, penulis skrip, jurukamera dan pelawak dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam industri.

“Tujuannnya adalah untuk membantu golongan ini, bukan hanya ketika dunia berdepan masalah COVID19 tetapi juga dalam bentuk situasi lain khas untuk menjaga kebajikan anak seni,” katanya.

Norhyati berkata demikian ketika ditemui selepas mengunjung­i kediaman pelawak veteran dan pelakon drama radio (RTM) terkenal tempatan Datuk Yepni Adenan pada program FINAS Prihatin 2.0 di kediamanny­a di Lorong 4, Jalan Cendrawasi­h di sini, semalam.

Mengulas mengenai program itu, Norhayati berkata, seramai 10 pengiat seni di Sarawak telah menerima bantuan CSR daripada FINAS sepanjang dua kali program FINAS Prihatin berlangsun­g.

Program FINAS Prihatin, katanya dikendalik­an Jawatankua­sa Hal Ehwal Warga Industri Kebajikan dan Data Industri dan Jawatankua­sa Pembanguna­n

Industri Sarawak.

“Objektif kita melakukan program ini adalah untuk memberikan sumbangan dan bantuan kepada penggiat industri kreatif khususnya golongan veteran yang mengalami masalah kesihatan, keuzuran dan terputus pendapatan akibat penularan COVID-19.

“Sumbangan ini juga diberikan untuk menghargai jasa mereka yang begitu lama dalam industri seni dan kita harap program ini dapat diteruskan lagi pada masa depan,” kata beliau.

Sementara itu, Yepni, 82, yang ditemui merakamkan penghargaa­n dan rasa terharu dengan kunjungan FINAS Cawangan Sarawak.

“Terima kasih kepada FINAS kerana peka terhadap artis yang sudah tidak lagi aktif dalam industri. Manamana pihak pun akan terharu apabila masih ada orang yang ingat dekat kita.

“Dalam situasi semasa yang dilanda pandemik COVID-19, saya berharap FINAS dapat mendekati penggiat industri seni di Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Norhyati telah menyerahka­n sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan kepada Yepni.

Selain Yepni, beliau turut mengunjung­i kediaman empat penggiat industri seni kreatif di negeri ini iaitu Rogayah Busrah, Ali Muhamad, Luli Gagat dan Esther Bayang.

Datuk Norhyati Ismail

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PRIHATIN: Norhyati menyampaik­an sumbangan kepada Yepni.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PRIHATIN: Norhyati menyampaik­an sumbangan kepada Yepni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia