Utusan Borneo (Sarawak)

272 MANGSA BANJIR DI DUA PUSAT PEMINDAHAN

-

Mangsa banjir ditempatka­n di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Stadium Muhibah dan Dewan Suarah Bintulu kekal 272 orang daripada 84 keluarga setakat semalam.

Pengerusi Jabatan Bencana Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat mengesahka­n mangsa ditempatka­n di PPS Stadium Muhibah ialah seramai 46 orang daripada 11 keluarga manakala di PPS Dewan Suarah Bintulu melibatkan 226 mangsa daripada 73 keluarga.

Residen Bahagian Bintulu itu berkata, semua mangsa masih lagi berada di dua pusat pemindahan melibatkan 53 keluarga dari Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew, tiga keluarga dari Gem Park, dua keluarga dari Kampung Kemunting dan 26 keluarga dari Hulu Segan.

“Seramai 71 petugas dari tujuh agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya menzahirka­n penghargaa­n serta terima kasih kepada semua petugas yang melaksanak­an urusan pendaftara­n serta pemindahan mangsa dengan baik dan cekap tanpa sebarang masalah,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pemantauan serta pemeriksaa­n dijalankan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan dilanda banjir bagi memastikan bantuan disalurkan kepada setiap mangsa terjejas.

Jack berkata, semua mangsa terjejas mendapat bantuan sewajarnya seperti bantuan makanan, perubatan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Bintulu bagi meringanka­n beban mereka.

 ?? — Gambar APM ?? BANTUAN: Pasukan APM Bintulu mengagihka­n bantuan
pakaian kepada mangsa terjejas.
— Gambar APM BANTUAN: Pasukan APM Bintulu mengagihka­n bantuan pakaian kepada mangsa terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia