Utusan Borneo (Sarawak)

PENGIKTIRA­FAN KEPADA SUKAN WUSHU

Kerajaan Sarawak bakal membina Pusat Latihan dan Gelanggang Wushu di Kuching Februari tahun hadapan

- Oleh Rusnan Mustafa

“Projek itu dianggarka­n menelan kos RM13.2 juta bakal dibina di tapak seluas 3.1 ekar di kawasan Kompleks Sukan Negeri Sarawak, Petra Jaya. ”

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Belia dan Sukan

KUCHING: Hasratpeng­giat sukan wushu Sarawak mempunyai pusat latihan dan gelanggang sendiri bakal menjadi realiti apabila kerajaan negeri meluluskan cadangan pembinaan pusat itu di Kompleks Sukan Negeri, Petra Jaya di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata projek pembinaan pusat itu dijangka bermula pada Februari tahun depan.

“Projek itu dianggarka­n menelan kos RM13.2 juta bakal dibina di tapak seluas 3.1 ekar di kawasan Kompleks Sukan Negeri Sarawak, Petra Jaya,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke tapak projek itu di Majlis Sukan Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini semalam.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan itu berkata, pembinaan pusat tersebut sebagai pengiktira­fan sukan wushu atas sumbangan besar kepada Sarawak dalam pelbagai kejohanan kebangsaan mahupun antarabang­sa.

“Akhirnya kita bakal mempunyai pusat latihan wushu di Kompleks Sukan Sarawak. Mereka menunggu begitu lama dan saya sangat gembira akhirnya pusat itu diluluskan,” jelasnya.

Malah, Abadul Karim memberitah­u sukan wushu juga banyak mengharumk­an nama Sarawak terutama di pentas kejohanan kebangsaan seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

Katanya, sukan itu melahirkan ramai atlet terkemuka seperti Loh Jack Chang, Diana Bong, Kimberly Goh, Thian Ai Ling, Clement Ting dan ramai lagi.

“Sukan wushu jarang menghampak­an kita dalam setiap temasya SUKMA dan sentiasa menyumbang pelbagai pingat kepada negeri.

“Wushu juga memberi sumbangan kepada sukan negeri ini dan mereka berhak mendapat kemudahan untuk berlatih dan menganjurk­an kejohanan,” ujarnya.

Abdul Karim menjelaska­n, Persekutua­n Wushu Sarawak (WFS) juga amat komited melahirkan ramai atlet wushu mampu menyinar.

Dalam pada itu, kementeria­n terbabit tetap meneruskan cadangan mewujudkan sekolah sukan di negeri ini dirancang dibina berdekatan Kompleks Sukan Negeri, Petra Jaya di sini.

“Ini adalah bagi memastikan hasrat Sarawak menjadi negeri kuasa sukan di Malaysia dapat direalisas­ikan pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan, Nancy Jolhi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? LULUS: Abdul Karim bersama Snowdan menunjukka­n gambaran pusat latihan dan gelanggang wushu bakal dibina di Petra Jaya awal tahun depan.
— Gambar Chimon Upon LULUS: Abdul Karim bersama Snowdan menunjukka­n gambaran pusat latihan dan gelanggang wushu bakal dibina di Petra Jaya awal tahun depan.
 ??  ?? TINJAU: Abdul Karim ditemani Snowdan dan tetamu melawat tapak projek pembinaan pusat latihan dan gelanggang wushu bakal dibina di Kuching tahun depan.
— Gambar Chimon Upon
TINJAU: Abdul Karim ditemani Snowdan dan tetamu melawat tapak projek pembinaan pusat latihan dan gelanggang wushu bakal dibina di Kuching tahun depan. — Gambar Chimon Upon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia