Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor peribadi Maradona disiasat kemungkina­n bunuh

Leopoldo Luque menafikan melakukan sebarang kesalahan

-

BOGOTA: Doktor peribadi Diego Maradona sedang disiasat kemungkina­n melakukan pembunuhan secara tidak sengaja susulan kematian legenda bola sepak itu, lapor Agensi Anadolu, memetik pendakwara­ya Argentina pada Ahad.

Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu di rumahnya di pinggir bandar, Buenos Aires.

Polis menyerbu rumah dan klinik Leopoldo Luque pada Ahad pagi untuk menyiasat sama ada terdapat kecuaian dalam rawatan perubatan Maradona, menurut beberapa media tempatan.

Luke menafikan melakukan sebarang kesalahan.

“Tiada kesalahan perubatan di pihak sesiapa pun. Diego mengalami serangan jantung. Kematian pesakit dalam keadaan seperti itu sering berlaku di dunia. Segala yang mungkin telah dilakukan untuk mencegah kejadian itu,” kata Luque di sidang media di rumahnya.

Maradona telah menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di otak pada awal November. Luque telah membenarka­nnya pulang lapan hari kemudian. Doktor berkenaan berkata beliau telah melakukan ‘seyang termampu, hingga yang mustahil’.

“Mereka mengambil sejarah perubatann­ya dan ujian yang saya lakukan. Peranti elektronik. Pemacu keras yang telah 20 tahun saya miliki. Semua telefon. Sebenarnya saya terkejut, kerana ketika Diego meninggal dunia, saya sudah berada di sana dan pejabat pendakwa telah memulakan siasatan. Mereka tidak memanggil saya terlebih dahulu untuk mendapatka­n keterangan. Saya fikir ini bukan caranya,” katanya.

Serbuan itu berlaku selepas keluarga Maradona dilaporkan memberitah­u penyiasat terdapat perselisih­an antara Maradona dan doktor peribadiny­a. Luque berkata situasi sedemikian adalah biasa.

“Apa yang saya jelaskan kepada Diego adalah sukar. Berkali-kali dia bantah apa yang saya katakan. Kemudian dia akan hubungi saya semula.”

Siasatan dibuat selepas anak perempuan Maradona, Dalma dan Giannina mempersoal­kan ubat yang diberikan kepada ayah mereka.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DITUDUH BUNUH: Gambar fail dirakam 11 November ini menunjukka­n Maradona (kanan) berjabat tangan dengan Luke di wilayah Buenos Aires, Argentina.
— Gambar AFP DITUDUH BUNUH: Gambar fail dirakam 11 November ini menunjukka­n Maradona (kanan) berjabat tangan dengan Luke di wilayah Buenos Aires, Argentina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia