Utusan Borneo (Sarawak)

Francais filem komedi No.1 Malaysia kini dalam bentuk drama bersiri

-

julung kalinya di Malaysia, Astro membawakan francais filem blockbuste­r nombor satu tanah air ke skrin televisyen dalam bentuk drama bersiri premium menerusi jenama Astro Originals bertajuk ‘Kampong Pisang BersiriSir­i’ arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, Mamat Khalid.

Lima buah filem di bawah francais Kampung Pisang ini yang mana masing-masing telah merekodkan kejayaan membanggak­an adalah ‘Hantu Kak Limah’ (RM38.6 juta, tahun 2018), ‘Zombie Kilang Biskut’ (RM1.5 juta, 2014), ‘Husin, Mon & Jin Pakai Toncit’ (RM6.4 juta, 2013), ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ (RM8 juta, 2010) dan ‘Zombi Kampung Pisang’ (RM2.4 juta, 2007). Kesemuanya telah meraih kutipan pecah panggung dengan jumlah keseluruha­n RM56.9 juta.

Meskipun francais ini sudah bertapak lebih sedekad dalam industri, lantunan dialog, keunikan setiap karakter dan babak-babak menarik yang ditampilka­n dilihat sentiasa malar segar dalam ingatan dan kekal relevan sehingga ke hari ini, bahkan masih boleh diterima serta dekat di hati anak muda sekarang.

Lanjutan daripada itu, Astro mengambil inisiatif untuk membawa francais komedi terbesar dan popular tanah air ini dalam bentuk drama siri premium, istimewa buat pelanggan Astro.

‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ bakal menemui penonton mulai 7 Disember ini, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).

Masih berlatarbe­lakangkan Kampung Pisang, drama siri berdurasi satu jam ini menghimpun­kan barisan watak komedi daripada francais terdahulu, antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada ‘16 dan 17 Puasa’. Malah, turut memperkena­lkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Bagi watak penduduk tetap Kampung Pisang, ia akan dijayakan oleh Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman,

Mat London, Avaa Vanja, Nazeera Sardi dan ramai lagi.

Tambah menarik, penonton boleh turut menyaksika­n penampilan khas barisan selebriti popular tanah air secara bergilir-gilir pada setiap minggu sepanjang 12 episod siri ini bersiaran.

Di antara mereka yang terlibat adalah Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya dan Shuk Sahar.

Pengarah Kampong Pisang Bersiri-Siri, Mamat Khalid berkata, “Sejujurnya, francais Kampung Pisang ini amat isitmewa di hati saya. Saya percaya ada sebahagian penonton yang turut membesar dengan filem-filem ini. Sejak tahun 2007 karya ini diperkenal, saya ingin menzahirka­n satu kelainan khususnya kepada mereka yang setia menyokong, justeru saya gabungkan hampir kesemua watak filem ke dalam siri ini.

“Selain dari itu, penonton juga akan disajikan dengan jalan cerita, elemen komedi, hantu dan kameo yang berbeza di setiap episod. Manakala, barisan pelakon bukan sahaja dalam kalangan pelakon tetapi turut membintang­i adalah barisan pengarah hebat tanah air seperti Mat London, Nasir Jani, Ellie Suriaty, Pekin serta kartunis Imuda dan pelukis komik Ujang, Soya. Saya rasa berbangga dapat bekerjasam­a dengan mereka dan para pelakon lain. Ternyata kehadiran mereka tidak sahaja memberi input pada karya ini, malah dedikasi dan komitmen tinggi yang diberikan sepanjang penggambar­an harus diberi pujian.”

“Kampong Pisang Bersiri-Siri juga dianggap sebagai satu cabaran baru buat saya kerana ini merupakan pertama kali saya mengarahka­n drama bersiri, namun begitu perlu mengekalka­n kualiti dan ‘end result’ setanding filem. Untuk itu, teknik teknologi pengimejan telah dilakukan oleh tenaga pakar di Australia dan proses adunan audio dan bunyi pula dilakukan di Thailand.

“Saya harap penonton akan berpuas hati dan sedikit sebanyak mampu membawa mereka keluar dari tekanan seketika khususnya di kala dunia dilanda pandemik Covid19 ini. Tidak salah kiranya jika kita meluangkan sedikit masa untuk berhibur bersama keluarga dan yang tersayang dengan menonton karya Kampung Pisang,” ujar Mamat lagi.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata Kampong Pisang Bersiri-Siri yang mana ia menggabung­kan konten segar, kualiti terbaik dan membariska­n bakat-bakat kreatif di depan dan di belakang lensa kamera.

“Memahami citarasa dan kehendak para penonton Astro yang sering mengingink­an konten berkualiti dan lebih nilai hiburan, Astro buat julung kalinya membawakan drama premium daripada francais filem komedi nombor satu Malaysia, Kampung Pisang, dalam bentuk rantaian siri namun memiliki kualiti setanding karya filem. Secara tidak langsung, penonton dapat berhibur lebih lama sepanjang 12 minggu berturut-turut, menikmati lebih drama, lebih seram, lebih kelakar dan kemunculan lebih ramai pelakon-pelakon hebat dan popular,” katanya.

Jika sebelum ini peminat Universe Kamung Pisang harus menunggu setiap dua tahun sekali, tetapi kini mereka dapat menonton filem setiap minggu dan kami percaya ia dapat memberi kepuasan tontonan buat pelanggan Astro.

Dengan hadirnya ‘Kampong Pisang BersiriSir­i’, diharap ia mampu memberi keterujaan kepada penonton yang merindui kekecohan dan gelagat penduduk Kampung Pisang.

Kehebatan sutradara di sebalik francais ini, Mamat Khalid semestinya wajar diraikan. Sempena itu, Astro Citra bakal menyiarkan sepuluh karya hebat Mamat Khalid menerusi slot ‘Istimewa Mamat Khalid’ pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, jam 9.00 malam mulai 23 November.

Penonton juga boleh mengakses filem-filem arahan Mamat Khalid di platform On Demand bagi mengimbau kembali watak dan adegan menarik.

Bukan itu sahaja, Astro turut menjalanka­n rangkaian pemasaran secara menyeluruh bagi kempen drama premium ini merentasi semua platform Astro, seperti radio, televisyen dan digital serta meliputi pelanggan NJOI.

“Sejak kami tampilkan teaser atau klip video ringkas berkaitan Kampung Pisang di platform digital, ia telah menerima respon positif dan mencetuska­n keterujaan di kalangan penonton,” kata beliau.

Bagi mereka yang tidak pernah mengikuti francais ini, mereka masih boleh untuk turut sama berhibur dengan kesemua siri kerana ia menampilka­n jalan penceritaa­n yang baharu. Kali ini, ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ bakal membawakan kisah penduduk Kampung Pisang yang dilanda misteri dan masalah.

Setiap minggu ada sahaja yang datang mengganggu penduduk kampung, dan yang menghairan­kan, semuanya berbeza-beza seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan paling unik hantu Kak Limah. Huruhara jadinya penduduk kampung dan mereka akan berganding­an untuk mengharmon­ikan semula kampung mereka.

Ikuti juga berita mingguan ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ secara santai, eksklusif di Gempak TV pada setiap hari Rabu, jam 11 malam di saluran Astro Ria.

Episod pertama ‘Kampong Pisang BersiriSir­i’ akan ditayangka­n secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00 malam, 7 Disember ini. Manakala, untuk minggu-mingu seterusnya, saksikan siri drama premium komedi seram ini pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, eksklusif di Astro Citra.

Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

 ??  ??
 ?? — Gambar Astro ?? DISIRIKAN: Pengarah, Penerbit dan Penulis Skrip ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ Mamat Khalid bergambar bersama barisan pelakon drama bersiri premium dan Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara semasa satu sesi sidang media secara maya telah diadakan baru-baru ini.
— Gambar Astro DISIRIKAN: Pengarah, Penerbit dan Penulis Skrip ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ Mamat Khalid bergambar bersama barisan pelakon drama bersiri premium dan Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara semasa satu sesi sidang media secara maya telah diadakan baru-baru ini.
 ??  ?? MAMAT KHALID
MAMAT KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia