Utusan Borneo (Sarawak)

PERUNTUKAN BELANJAWAN 2021 UNTUK SABAH, SARAWAK DIPANTAU

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memantau penggunaan peruntukan RM5.1 bilion bagi Sabah dan RM4.5 bilion untuk Sarawak dalam Belanjawan 2021, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata pemantauan itu akan dilaksanak­an dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) melalui Pejabat Setiausaha Persekutua­n di kedua-dua negeri itu.

“Kami ingin melibatkan diri (dalam) dana yang diperuntuk­kan untuk Sabah dan Sarawak agar ia benarbenar digunakan bagi menyelesai­kan perkara-perkara ditujukan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankua­sa bagi portfolion­ya.

Terdahulu ketika sesi perbahasan, Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mempersoal­kan peruntukan untuk kedua-dua negeri dalam Belanjawan 2021 itu yang disifatkan­nya sebagai ketidakadi­lan yang begitu ketara dari segi peruntukan pembanguna­n.

Dalam pada itu, Maximus berkata pewujudan bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di bawah Jabatan Perdana Menteri buat pertama kali dikhususka­n untuk meneliti hal dan hak kedua-dua negeri itu serta perkara-perkara yang difikirkan rakyat dan kerajaan negeri.

“Saya rasa ini pertama kali perkara mengenai Sabah dan Sarawak diletakkan bawah sebuah jabatan rasmi seperti sebuah kementeria­n. Kami yakin bahawa perdana menteri benar-benar mahu melakukan sesuatu (yang terbaik) untuk Sabah dan Sarawak dan kami percaya apa sahaja perancanga­n yang kerajaan lakukan, ia memerlukan sokongan semua Ahli Parlimen,” katanya.

Sebelum ini kerajaan menubuhkan Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditubuhkan bagi memelihara hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia