Utusan Borneo (Sarawak)

Bersedia hadapi musibah

Persediaan babit amaran awal, SAR, pemindahan mangsa, pengurusan pusat pemindahan dan sebagainya

- Oleh Borhaniza Ali Basah

“Kita bersedia dari segi penyediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan 25 PPS di daerah Sibu, 17 di Kanowit dan enam di Selangau. ”

Dr Annuar Rapa’ee

Penyelaras JPBPB Sibu

SIBU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian (JPBPB) Sibu bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n sepanjang musim monsun timur laut bermula November hingga Februari 2021.

Penyelaras JPBPB Sibu Dr Annuar Rapa’ee berkata persediaan menghadapi monsun itu membabitka­n amaran awal, mencari dan menyelamat (SAR), pemindahan mangsa, pengurusan pusat pemindahan dan sebagainya.

“Kita bersedia dari segi penyediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan 25 PPS di daerah Sibu, 17 di Kanowit dan enam di Selangau.

“Objektifny­a adalah bersedia menghadapi musim monsun ini,” katanya sambil menambah, persediaan itu turut mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai mesyuarat jawatankua­sa pengurusan bencana peringkat bahagian di Pejabat Residen Bahagian Sibu semalam.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi itu berkata kawasan rendah berisiko banjir kerana bukan sahaja berada di kawasan rendah tetapi risiko hujan di hulu sungai.

“Selain hujan lebat, Sibu turut mempunyai dua punca banjir iaitu kawasan rendah dan limpahan air hujan dari kawasan Baleh, Kapit dan Belaga sampai ke Sibu melalui Sungai Batang Rajang dalam masa dua atau tiga hari.

“Sebab itu, kita meminta jawatankua­sa di Kapit memaklumka­n lebih awal sekiranya berlaku hujan lebat di kawasan mereka agar kita dapat bersiap sedia lebih awal,” katanya.

Di samping itu, beliau juga meminta Jabatan Pengairan dan Saliran memantau sistem perparitan agar tidak ada yang tersumbat sehingga menyumbang berlakunya banjir kilat.

Sementara itu, Pengerusi JPBPB Sibu merangkap Residen Bahagian Sibu Charles Siaw mendedahka­n terdapat 27 kawasan berisiko banjir di kawasan Sibu.

Kawasan itu adalah jalan/ sekitar Slim Stabau, Sungai Assan, Tanjung Latap, Bahagia Jaya Teku, Kampung Jeriah, Sentosa, Jalan Tiong Hua, Jalan Merlin, Jalan Belian, Jalan Langsat, Jalan Rambutan dan kawasan Lanang yang rendah.

Bagi daerah Selangau, Jalan Pekan Selangau rendah, Stapang, Jalan Tamin Stapang, Sungai Arip, Pelugau, Dijih, Hulu Sungai Batang Oya dan Kuala Lemai.

Daerah Kanowit adalah Jalan Lukut Penyulau, Jalan Ngemah Majau, Jalan Rantau Kemiding, pekan Kanowit, Kampung Muhibbah, Hulu Sungai Poi dan Jalan Nibong Tada.

“Pusat pemindahan dibuka apabila diperlukan dan bilik operasi kini sudah bersiap sedia,” katanya.

Bilik Gerakan boleh dihubungi di talian 084317934/084-315653/084332581 atau 019-8472109 (Awang Mohamad Nizam, Pegawai Seranta Sibu).

 ??  ??
 ??  ?? MAKLUMAT: Dr Annuar (dua kanan), Siaw (dua kiri) dan yang lain pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Sibu semalam.
MAKLUMAT: Dr Annuar (dua kanan), Siaw (dua kiri) dan yang lain pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia