Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan bebas pertuduhan mencederak­an dua beranak

Dilepas, dibebas daripada tuduhan selepas pihak pembelaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, semalam melepas dan membebaska­n seorang nelayan berusia 48 tahun daripada tuduhan mencederak­an pesara tentera dan anaknya, dua tahun lalu.

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad memutuskan demikian terhadap tertuduh, Zamsuri Tambi, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Zamsuri didakwa atas dua pertuduhan pindaan, masing-masing mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa mencederak­an mangsa, seorang pesara tentera berusia 60 tahun dengan menggunaka­n sabit pada 2 Jun 2018 di Kampung Lintang di sini, jam 2.21 pagi.

Pertuduhan seterusnya menyaksika­n dia didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan parah terhadap anak pesara tersebut yang berusia 23 tahun, dengan menggunaka­n objek tajam dalam kejadian yang sama.

Dalam pada itu, Dayang yang bersetuju dengan penghujaha­n pihak pembelaan, Shankar Ram Asnani mendapati bahawa keterangan saksi yang bercanggah telah menimbulka­n keraguan dalam kes ini.

Pesara tentera tersebut memaklumka­n mahkamah bahawa dia tidak dapat melihat senjata yang digunakan oleh tertuduh semasa kejadian berlaku.

Namun, dalam laporan polis mangsa menyatakan senjata yang digunakan adalah kerambit.

Saksi pendakwaan iaitu isteri mangsa pula mendedahka­n bahawa senjata yang digunakan untuk mencederak­an mangsa adalah batu, sedangkan dalam pertuduhan menyatakan tertuduh menggunaka­n sabit.

Dalam pada itu juga, ketika siasatan dijalankan, anak lelaki mangsa berusia 23 tahun memberitah­u doktor bahawa dia diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Justeru, timbul percanggah­an dalam keterangan saksi dan pihak pendakwaan juga gagal membuktika­n jenis senjata yang digunakan serta bagaimana ia digunakan ketika berlakunya kejadian terbabit.

Terdahulu pada 13 September 2019, tertuduh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada kedua-dua pertuduhan mencederak­an anak beranak tersebut.

Namun, pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan mahkamah dan pada 19 November 2020, Zamsuri diarah bela diri.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ruthra Raj.

 ??  ?? LEGA: Zamsuri (empat kanan) bersama ahli keluargany­a dan Shankar (dua kanan) selesai prosiding kes.
LEGA: Zamsuri (empat kanan) bersama ahli keluargany­a dan Shankar (dua kanan) selesai prosiding kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia