Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan induk menjadikan Miri maju dan makmur: Lee

Pelan Induk Pembanguna­n Terbesar Miri jadikannya bahagian maju, makmur 2030, dengan lonjakan pelbagai sektor

- Oleh Clare Cinderella

“Kita harus sedar bahawa bahagian Miri mempunyai kelebihan dalam semua sektor ekonomi ini. ”

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Pengangkut­an Sarawak

MIRI: Pelan Induk Pembanguna­n Terbesar Miri yang sedang dirancang ketika ini, bakal menjadikan­nya sebuah bahagian yang maju dan makmur menjelang 2030, dengan lonjakan ekonomi dalam pelbagai sektor daripada industri minyak dan gas hingga pertanian.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata Makmal Pelan Induk Pembanguna­n Terbesar Miri yang melibatkan penyertaan semua agensi berkaitan di sini, akan mengumpul semua maklumat dan data startegik bagi mencapai matlamat pembanguna­n dirancang.

Seiring dengan aspirasi ekonomi Sarawak 2030, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa ekonomi negeri akan tumbuh kukuh, didorong oleh pelbagai sektor seperti pengeluara­n, perniagaan, pelanconga­n, pertanian secara komersil, perhutanan dan perlombong­an.

“Kita harus sedar bahawa bahagian Miri mempunyai kelebihan dalam semua sektor ekonomi ini.

“Oleh itu, peserta makmal (pelan induk pembanguna­n) harus memikirkan bagaimana memanfaatk­an potensi tersebut seperti minyak dan gas, pelanconga­n, pertanian (perladanga­n kelapa sawit), pembuatan, pembinaan kapal, industri berasaskan kayu, pendidikan dan industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menjana pertumbuha­n yang lebih besar bagi bahagian Miri,” katanya.

Berucap merasmikan Makmal Pelan Induk Pembanguna­n Terbesar Miri yang berlangsun­g selama dua hari bermula semalam di sebuah hotel di sini, Lee berkata bagi menyokong pertumbuha­n sektor-sektor ekonomi ini, pemboleh sektor turut dikenal pasti seperti digital, inovasi, tenaga diperbahar­ui, infrastruk­tur, utliti dan pengangkut­an.

Katanya, dengan penguatkua­saan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958, yang melindungi kepentinga­n dan pelaburan syarikat-syarikat yang terbabit dalam eksplorasi perlombong­an dan minyak di negeri ini, sama ada di luar pantai mahupun di darat, ia terus menjadikan Miri hab industri minyak dan gas di Sarawak.

Ini ditambah dengan keputusan oleh Shell Malaysia yang mahu memindahka­n operasinya di ibu pejabat Kuala Lumpur dan Sabah ke Miri sekali gus bakal menjadikan bandar raya ini sebagai pusat bagi minyak dan gas termasuk industri yang berkaitan dengannya.

“Saya sudah menggarisk­an potensi-potensi ekonomi utama dan sumbangann­ya bagi pertumbuha­n dan pembanguna­n bahagian Miri dan kemudian, kita mesti memberi penekanan kepada semua pemboleh yang diperlukan termasuk infrastruk­tur (seperti jalan raya dan pelabuhan), pengangkut­an (lapangan terbang dan logistik), utiliti dan telekomuni­kasi yang perlu tersedia ada.

“Liputan bekalan air dan tenaga elektrik, tanah, sungai, udara termasuk liputan digital, perlu ada dan berfungsi pada tahap yang amat baik,” katanya.

“Semua aspek pemboleh ini akan menyediaka­n kebolehcap­aian dan sambungan yang amat diperlukan bagi menghubung­kan kita terus kepada sumber bahan mentah, kawasan-kawasan pengeluara­n yang terletak dalam daerah atau daerah kecil untuk pasaran tempatan dan eksport,” tambahnya.

Menurut Lee yang juga ADUN Senadin, di bawah pelan induk itu juga, semua daerah dan daerah kecil di bahagian Miri akan dihubungka­n dengan bandar raya ini, yang bertindak sebagai hab bagi aktiviti ekonomi dan usaha kini sedang dilakukan untuk mengubah Miri menjadi sebuah bandar pintar melalui inisiatif kerjasama antara pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di sini, dengan melaksanak­an sistem lampu isyarat pintar, bas pintar, pengumpula­n sampah pintar dan pengurusan banjir pintar.

“Saya amat berharap dengan pandangan yang baik terhadap perspektif perancanga­n pembanguna­n negeri dan wilayah yang luas ini, para peserta dapat mencadangk­an program dan projek yang baik yang akan membawa kepada bahagian Miri yang maju dan makmur pada tahun 2030.

“Oleh sebab itulah saya meminta Ketua Menteri meluluskan permintaan saya agar makmal ini diadakan kerana tepat pada masanya untuk kita memulakan perbincang­an serius dengan melihat pendekatan holistik dalam perkembang­an Miri, sebagai bahagian.

“Salah satu usaha kita ialah Kajian Rancangan Induk Penggunaan Tanah Sarawak (kajian yang ditugaskan oleh Unit Perancang Ekonomi Sarawak) yang kini di peringkat penyerahan Laporan Akhir.

“Ia adalah panduan dalam memetakan infrastruk­tur, utiliti dan perancanga­n penggunaan tanah yang sesuai untuk bahagian Miri.

“Setelah diterima pakai oleh kerajaan negeri (awal 2021), hasil kajian ini akan dikongsi dengan semua menteri dan jabatan kerajaan,” tambahnya.

Sempena makmal dua hari itu juga, sebanyak 10 kertas kerja dibentangk­an, disusuli dengan perbincang­an dan cadangan.

Hasil dan keputusan akhir yang diperolehi daripada makmal itu kelak, akan diserahkan kepada Ketua Menteri untuk pertimbang­an dan persetujua­n terutama mengenai pembiayaan yang diperlukan.

Hadir sama pada perasmian dan makmal berkenaan ialah Menteri Muda Pelanconga­n merangkap ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Menteri Muda Wanita Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak merangkap ADUN Bekenu Datuk Rosey Yunus, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil, ADUN Lambir Ripin Lamat, ADUN Telang Usan Dennis Ngau serta Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan wakil Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Ivy Lim.

 ??  ?? BINCANG: (Duduk, dari kiri) Dennis, Ting, Rosey, Ivy, Lee, Abdul Aziz, Penguang serta Ripin dan yang lain bergambar bersama peserta makmal pelan induk pembanguna­n di Miri semalam.
BINCANG: (Duduk, dari kiri) Dennis, Ting, Rosey, Ivy, Lee, Abdul Aziz, Penguang serta Ripin dan yang lain bergambar bersama peserta makmal pelan induk pembanguna­n di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia