Utusan Borneo (Sarawak)

Maklum balas, cadangan rakyat dialukan tingkat sistem penyampaia­n perkhidmat­an

-

MIRI: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan daripada rakyat khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatk­an sistem penyampaia­n perkhidmat­annya.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata maklum balas akar umbi penting agar rakyat memanfaatk­an sepenuhnya program kerajaan dilaksanak­an jabatan dan agensiagen­sinya.

“Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa ada untuk rakyat. Maklumkan sahaja kepada kami masalah dan cadangan bagi kerajaan meningkatk­an perkhidmat­an kepada rakyat,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Pencinta Burung Kicau Miri (Pekicau Miri) di sini kelmarin.

Menjawab masalah lesen burung disuarakan Pengerusi Pekicau Miri Mohd Azahar Bujang pada AGM itu, Rosey berkata beliau berbincang lebih lanjut dengan Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Sebastian Ting mengenai masalah dihadapi pemilik haiwan peliharaan di Sarawak.

Beliau secara peribadi setuju dengan Pekicau Miri bahawa mustahil pemilik burung memenuhi ukuran sangkar burung berukuran 3x3x3 meter berdasarka­n syarat lesen untuk mereka menjaga spesies burung dilindungi sebagai peliharaan.

“Ramai pemilik burung seluruh Sarawak bimbang kerana tidak dapat memenuhi ukuran sangkar burung mempengaru­hi pembaharua­n lesen burung.

“Terima kasih kepada Pekicau Miri kerana tampil membincang­kan perkara itu. Sebastian (Ting) dan saya mengemukak­an perkara itu untuk perhatian Ketua Menteri,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu itu mahu kelab tersebut memberi saranan mengenai ukuran sangkar burung sesuai bagi pemilik ingin menjaga spesies burung dilindungi sebagai haiwan peliharaan mereka.

Pada masa sama, beliau memuji sumbangan kelab itu dalam menyokong usaha pemulihara­an hidupan liar di negeri ini.

Roseyturut­mengalu-alukan inisiatif penternaka­n burung diambil oleh kelab tersebut bagi memastikan burung-burung di bawah senarai spesies dilindungi tidak pupus.

“Pekicau Miri bukan hanya sebuah kelab menganjurk­an pertanding­an nyanyian burung, tetapi juga memberi impak positif mendukung usaha pemelihara­an hidupan liar seperti dihasratka­n oleh kerajaan dan industri pelanconga­n.

“Mungkin pada masa depan, ahli-ahli kelab tersebut dapat menerokai aspek ekonomi sebagai kekuatan mereka,” katanya.

 ??  ?? LEPAS: Rosey (depan, kiri) bersama Azahar (depan, tengah) melakukan simbolik perasmian AGM itu dengan melepaskan empat ekor burung peliharaan.
LEPAS: Rosey (depan, kiri) bersama Azahar (depan, tengah) melakukan simbolik perasmian AGM itu dengan melepaskan empat ekor burung peliharaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia