Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja boleh kemuka aduan jika majikan salah guna PSU

-

KOTA KINABALU: Pekerja boleh mengemukak­an aduan jika majikan menyalahgu­nakan dana daripada Program Subsidi Upah (PSU).

Pengarah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sabah Dr Mohd Ali Hindia berkata, bantuan PSU adalah untuk membantu industri dalam memastikan kelangsung­an sosioekono­mi.

“Majikan yang menerima bantuan PSU dilarang memberhent­ikan pekerja kecuali dengan persetujua­n pekerja itu sendiri.

“Begitu juga sekiranya pekerja tidak dibayar gaji, dipotong gaji atau diminta untuk bercuti tanpa gaji, aduan boleh dihantar melalui Jabatan Tenaga Kerja atau pejabat PERKESO yang berhampira­n.

“Selain itu, aduan juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal aduan. perkeso.gov.my,” katanya dalam Program Influencer@ JaPen bertajuk Program Subsidi Upah 2.0: Penjana yang disiarkan secara langsung dalam laman sosial rasmi Facebook Jabatan Penerangan Sabah, semalam.

Dalam sesi sekitar 40 minit itu, Ali turut menggesa para majikan memanfaatk­an bantuan berkenaan dan melakukan permohonan sebelum 31 Disember ini.

“Majikan penerima PSU yang sudah mempunyai rekod dalam PERKESO sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baharu, namun perlu dikemas kini sekiranya ada pertambaha­n pekerja dan sebagainya.

“Bagi permohonan yang ditolak pula, permohonan boleh dihantar semula sekiranya memenuhi kriteria yang diperlukan serta telah membuat pendaftara­n sebelum 1 September lepas,” katanya.

Tambahnya, selain majikan, para pekerja juga perlu memberikan kerjasama dalam mengelakka­n isu pembuangan pekerja bagi mengelak kadar penganggur­an semakin meningkat kerana ia memberi kesan yang buruk kepada negara.

Untuk rekod, Influencer@ JaPen merupakan platform penyebaran maklumat secara pantas melalui media sosial rasmi serta komunikasi bersemuka secara maya dan siaran langsung seterusnya akan diadakan pada 9 Disember depan bersama Pegawai Penerangan Raymie Amiril bertajuk ‘Hobi Pilihan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan’.

 ??  ?? SIARAN LANSUNG: Suasana sekitar siaran langsung influencer@ JaPen, Program Subsidi Upah 2.0: Penjana.
SIARAN LANSUNG: Suasana sekitar siaran langsung influencer@ JaPen, Program Subsidi Upah 2.0: Penjana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia