Utusan Borneo (Sarawak)

Bilangan rakyat Malaysia berkahwin menurun, jumlah bercerai meningkat tahun lepas

-

PUTRAJAYA: Bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin tahun lepas menurun sebanyak 1.2 peratus kepada 203,821 orang, berbanding 206,352 orang pada tahun sebelumnya, menurut laporan Statistik Perkahwina­n dan Perceraian Malaysia 2020.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata laporan juga menunjukka­n jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata seiring dengan penurunan jumlah perkahwina­n, kadar perkahwina­n umum bagi pengantin lelaki mencatatka­n penurunan dari 50.7 kepada 50.1 per seribu populasi lelaki belum berkahwin dan berusia 18 tahun ke atas.

“Trend serupa juga direkodkan untuk pengantin wanita yang mencatatka­n penurunan dari 47.0 kepada 46.2 per seribu populasi wanita belum berkahwin berusia 16 tahun ke atas,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir berkata kadar perceraian umum bagi lelaki meningkat dari 6.5 kepada 7.2 per seribu populasi lelaki berkahwin berumur 18 tahun dan ke atas, dengan kecenderun­gan serupa juga dilaporkan untuk wanita yang mencatatka­n peningkata­n dari 7.0 kepada 7.7 per seribu populasi wanita berkahwin.

“Purata umur pengantin lelaki kekal pada 28 tahun, manakala purata umur pengantin wanita meningkat dari 26 tahun (2018) kepada 27 tahun (2019),” katanya.

Mohd Uzir berkata peningkata­n purata usia pengantin juga disebabkan oleh peningkata­n purata usia ibu semasa kelahiran pertama yang meningkat 0.1 tahun dari 27.8 pada 2018 kepada 27.9 tahun lepas.

“Senario semasa menunjukka­n kecenderun­gan perkahwina­n lewat berlaku dalam kalangan mereka yang berpendidi­kan dan berusaha untuk memperkuku­hkan kestabilan ekonomi masing-masing, terutama yang tinggal di kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata keadaan itu sejajar dengan peningkata­n kadar urbanisasi di Malaysia dari 70.9 peratus pada tahun 2010 kepada 76.2 peratus pada tahun 2019.

Mohd Uzir berkata statistik juga menunjukka­n pengantin lelaki dan wanita yang paling tua direkodkan oleh jabatan itu tahun lepas adalah berusia 93 dan 86 tahun.

“Sebanyak 0.3 peratus pengantin lelaki berusia 65 tahun ke atas telah berkahwin dengan pengantin wanita yang lebih muda iaitu berusia sekitar umur 24 tahun dan ke bawah.

“Manakala 0.2 peratus pengantin wanita berusia 65 tahun ke atas telah berkahwin dengan pengantin lelaki lebih muda yang berumur 24 tahun ke bawah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia