Utusan Borneo (Sarawak)

Pengedar dadah warga asing diberkas

Hasil serbuan ke sebuah rumah menerusi rondaan Op Benteng COVID-19

- Oleh Hamzah Sanudin

KALABAKAN: Seorang lelaki warga asing disyaki pengedar dadah berjaya diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Batu 3 Ladang Bukit Tukok, di sini.

Dalam kejadian kirakira jam 4.30 petang itu, sepasukan pegawai kanan dan anggota dari cawangan Kompeni ‘A’ Batalion 14 PGA Tawau yang melaksanak­an rondaan tugas Op Benteng COVID-19 bertindak mengadakan serbuan itu berdasarka­n maklumat yang diterima.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, sebaik tiba di lokasi, pasukan serbuan mengesan terdapat seorang lelaki berlegar-legar di hadapan sebuah rumah dalam keadaan mencurigak­an.

“Suspek, 20, yang menyedari kehadiran pihak berkuasa bertindak cuba melarikan diri, namun ketangkasa­n pasukan keselamata­n berjaya menahan suspek terbabit,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati suspek terbabit tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki menjalanka­n pengedaran dadah di sekitar kawasan terbabit.

“Pemeriksaa­n lanjut, pasukan keselamata­n menemui lima paket plastik lutsinar mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 47.47 gram di dalam beg silang suspek.

“Turut dirampas bersama suspek wang tunai berjumlah RM270 yang dipercayai hasil jualan dadah dan satu unit alat penimbang digital dianggarka­n nilai keseluruha­n rampasan sebanyak RM4,470,” katanya.

Ahmad Fuad berkata, suspek dan kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tawau untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, ESSCom bersama pasukan keselamata­n lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Maritim sentiasa memperketa­tkan kawalan dengan melaksanak­an rondaan agresif secara bersepadu bagi mengekang sebarang jenayah di sempadan. “Semua masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) diminta memberikan kerjasama dengan menjadi mata dan telinga pihak berkuasa serta melaporkan setiap aktiviti yang melanggar undang-undang negara,” katanya.

 ??  ?? DITAHAN: Suspek warga asing berjaya ditahan dalam serbuan itu.
DITAHAN: Suspek warga asing berjaya ditahan dalam serbuan itu.
 ??  ?? RAMPASAN: Kesemua barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutny­a.
RAMPASAN: Kesemua barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia