Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Moyog hantar bantuan bakul makanan ke Mandalipau Papar

-

KOTA KINABALU: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Moyog dalam programnya ‘Basket of Love’ telah berjaya menghantar bantuan bakul makanan ke beberapa kampung di Mandalipau Papar.

Seramai lebih kurang 170 isi rumah telah mendapat bantuan makanan berupa beras dan barangan dapur lain.

Bantuan ini adalah sumbangan daripada JTL Empire Sdn Bhd, individu perseorang­an Datin Fazar Arif dan IDENTITY Company.

Veronica Lubinti selaku ketua misi berkenaan berkata, cabaran utama adalah perjalanan untuk mereka sampai ke destinasi kerana rumah-rumah yang hendak dituju sangat berjauhan antara satu sama lain.

Mereka terpaksa menyeberan­g sungai dengan menaiki rakit bambu, menaiki jambatan gantung, menaiki bukit, meredah hutan dan terpaksa melalui jalan yang licin dan berlumpur kerana keadaan pada masa itu sedang hujan.

“Walaupun begitu ianya tidak mematahkan semangat kami, atas bantuan seorang belia kampung prihatin yang hanya mahu namanya dipanggil Jay Jay, kami telah berjaya sampai ke setiap destinasi dan berjaya mengagihka­n bantuan makanan,” katanya.

JCI Moyog akan mengadakan beberapa aktiviti bantuan lain dalam misi progamnya ‘Basket of Love’ untuk membantu komuniti yang kurang bernasib baik.

Mereka mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang sudi memberi sumbangan atau bekerjasam­a dalam program berterusan ini.

“Kepada yang prihatin dan sudi menyumbang­kan derma untuk program kami ‘Basket of Love’ bolehlah menderma ke akaun CIMB Bank 8005739159 (atas nama Junior Chamber) atau menghubung­i saya selaku ketua misi di talian 013-883 9976,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia