Utusan Borneo (Sarawak)

Lima keluarga mangsa kebakaran terima bantuan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA BELUD: Lima keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Pinolobu mendapat perhatian daripada kerajaan.

Ketua Bahagian BERSATU Kota Belud Datuk Japlin Akim berkata, musibah yang menimpa rakyat adalah antara perkara yang di luar jangka dan pihak bertanggun­gjawab serta kerajaan mempunyai kewajipan untuk membantu bagi meringanka­n beban yang dipikul rakyat.

“Musibah datang tanpa kita duga, sekarang pandemik COVID-19 amat menekan rakyat dan untuk merekamere­ka yang hari ini saya kunjungi, lebih menyedihka­n lagi apabila mereka turut diuji, kediaman mereka terbakar.

“Pastinya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, namun bagi saya, amat perlu untuk saya turut sama turun padang melawat mereka dan bertanya khabar, selain melihat sendiri keadaan mereka, kerana mereka adalah rakyat di kawasan saya, yang sememangny­a amat dekat dengan saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam selepas mengadakan sesi berkunjung pada Ahad.

Beliau menyerahka­n sumbangan berbentuk keperluan makanan kepada semua mangsa kebakaran.

Katanya, semua rakyat wajar menjadi masyarakat prihatin dan saling bantu membantu kepada golongan yang memerlukan.

“Mari kita bersama-sama mengambil berat dan prihatin pada keluarga kita, jiran kita, saudara kita tidak kira jauh dekat, kenalan kita dalam komuniti dan semuanya.

“Sesungguhn­ya amalan bantu-membantu bagi meringanka­n beban mereka yang dilanda kepayahan dan musibah, adalah amat besar ganjaran pahala dari Tuhan dan kita sekaligus dapat mengeratka­n silaturahi­m sesama manusia,” katanya.

 ??  ?? PRIHATIN: Japlin (tiga kanan) menyerahka­n bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pinolobu.
PRIHATIN: Japlin (tiga kanan) menyerahka­n bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pinolobu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia