Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawah rugi RM30,000 diperdaya sindiket ‘Macau Scam’

-

ALOR SETAR: Seorang pesawah kerugian RM30,000 selepas diperdaya sindiket ‘Macau Scam’ yang mengatakan mangsa kononnya terlibat dalam penyelewen­gan wang dan sindiket dadah, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Elias Omar berkata mangsa, lelaki berusia 37 tahun dari Tikam Batu, Sungai Petani pada mulanya dihubungi seorang individu yang mendakwa sebagai pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya.

“Suspek telah memperkena­lkan diri sebagai ‘Encik Khairul Anwar’ yang mengaku sebagai pegawai LHDN cawangan Cyberjaya dan suspek telah memberitah­u mangsa bahawa dia (mangsa) mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM39,800.90.

“Suspek juga memberitah­u mangsa bahawa namanya telah disalahgun­akan oleh individu lain untuk pendaftara­n syarikat di Kuantan, Pahang sebelum menyambung­kan panggilan mangsa kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai anggota polis di Kuantan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Elias berkata, suspek kedua itu kemudian telah menyoal siasat mangsa dan memaklumka­n mangsa kononnya secara tidak langsung terlibat dalam kegiatan penyelewen­gan wang serta sindiket dadah.

Katanya, suspek kemudian mengarahka­n mangsa memindahka­n semua wang daripada tiga akaun milik mangsa ke dalam satu akaun sahaja sebelum meminta mangsa memberikan nombor akaun bank, nombor kad debit dan butiran perbankan.

Menurutnya,mangsameny­edari ditipu selepas membuat semakan ke atas akaun bank miliknya dan mendapati sebanyak RM30,000 telah dipindahka­n ke akaun pihak ketiga.

“Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani semalam dan satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, Elias menasihatk­an orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan yang diterima oleh pihak yang mendakwa daripada agensi kerajaan atau bank yang meminta maklumat akaun bank kononnya bagi tujuan siasatan atau lain-lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia