Utusan Borneo (Sarawak)

Kehadiran PSB ‘memeriahka­n’ DUN Semop, Kuala Rajang

Abdullah bersikap terbuka dengan pembukaan cawangan PSB di DUN Semop dan DUN Kuala Rajang

- Oleh Saibi Gi

Kita sebuah negara demokrasi, maka keputusan PSB tersebut sudah dijangka dan saya bersikap

” terbuka.

KUCHING: Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol bersikap terbuka dengan pembukaan cawangan Parti Sarawak Bersatu (PSB) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang dan DUN Semop baru-baru ini.

Ahli DUN Semop itu berkata beliau tidak perlu gusar mengenainy­a dan percaya ia adalah perkembang­an yang akan ‘memeriahka­n’ kawasan DUN Semop dan Kuala Rajang.

“Kita sebuah negara demokrasi, maka keputusan PSB tersebut sudah dijangka dan saya bersikap terbuka,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penubuhan cawangan PSB di kawasan Parlimen Tanjong Manis.

PSB Cawangan Kuala Rajang akan dipimpin Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi manakala cawangan Semop diketuai Abdul Raafidin Majidi.

Pada Jumaat lepas, dua bekas pemimpin PKR itu menyertai PSB.

Abdullah berkata lagi, apa yang beliau harapkan ialah dalam keghairaha­n untuk meraih populariti politik, kita seharusnya mengamalka­n budaya politik yang matang dan berhemah.

“Saya yakin majoriti masyarakat sudah muak dan menolak corak politik yang menjurus kepada kebencian, perkauman dan fitnah melampau,” ujarnya.

Beliau percaya rakyat telah belajar daripada pengalaman lepas apabila memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai parti pemerintah di peringkat persekutua­n.

“Ramai masih ingat semua janji serta slogan menarik ditawarkan oleh calon-calon yang begitu terdesak untuk dipilih dengan apa cara sekalipun,” ujarnya.

Bagaimanap­un janji-janji tersebut gagal dilaksanak­an.

Menurutnya, dalam keadaan masyarakat yang resah ketika menghadapi COVID-19, mereka akan lebih bijak dan berhati-hati danmemilih­pihakmanau­ntuk menerajui pemerintah­an negeri - kerajaan yang terbukti berkemampu­an untuk mentadbir negeri dengan cekap dan berkesan.

Beliau yakin rakyat juga

Abdullah Saidol

tidakakanm­udahdipeng­aruhi dengan retorik dan janji melampaui kemampuan.

“Saya yakin warga negeri akan memilih parti yang menampilka­n kepimpinan berkualiti, mampu menjaga kebajikan rakyat serta melaksanak­an pembanguna­n infrastruk­tur yang sedang berlaku dengan rancak sekarang ini.

“Pendek kata, saya yakin warga Sarawak mampu menilai pihak mana yang mampu bekerja dan pihak mana hanya bijak berpolitik,” ujarnya.

Menurutnya, rakyat sudah tentu mahu sebuah parti politik berpengala­man, stabil dan mempunyai rekod

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak

pentadbira­n yang terbukti cemerlang.

Sebuah parti politik yang masih rapuh dari segi hala tuju dan hanya bermatlama­t untuk menjatuhka­n parti lain hanya akan mengundang kekacauan dalaman dan krisis kepimpinan seperti Pakatan Harapan (PH).

“Ibarat seperti orang yang sedang bercinta, semua indah, tapi bila sudah mendapat kuasa, masingmasi­ng akan menunjuk belang dan kestabilan parti akan tergugat.

“Apakah rakyat Sarawak ingin mencuba nasib dan mempertaru­h masa depan negeri sebagaiman­a PH diberi peluang dulu,” soalnya.

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia