Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Belia Peringkat Sarawak 2020 pada 5 Dis di Asajaya

-

KUCHING: Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2020 akan diadakan di Kompleks Sukan Asajaya, Samarahan pada 5 Disember ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Sepatutnya sambutan Hari Belia ini diadakan pada 7 November 2020 tetapi terpaksa ditangguhk­an akibat penularan wabak COVID-19.

“Jadi sambutan Hari Belia peringkat negeri diadakan pada 5 Disember nanti di Kompleks Sukan Asajaya,” katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negeri Sarawak, Petra Jaya semalam.

Jelas Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian itu, sambutan kali ini hanya akan melibatkan 1,000 belia sahaja.

Tegas Abdul Karim, sambutan itu juga nanti akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur sentiasa dipatuhi.

“Kita tidak mahu akan ada kluster Hari Belia dan sebab itu jumlah kehadiran terpaksa kita hadkan berbanding sebelum ini yang menyaksika­n 3,000 belia hadir pada sambutan hari tersebut,” tambahnya.

Mengulas lanjut tentang sambutan itu, katanya objektif sambutan untuk mengiktira­f sokongan para belia dalam agenda pembanguna­n negeri.

Selain itu, jelasnya ia juga memupuk kerjasama para belia, pertubuhan­pertubuhan belia pelbagai peringkat dan sektor di peringkat negeri, bahagian dan daerah.

Menurut beliau lagi, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan pada sambutan itu nanti.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? HARI BELIA: Abdul Karim ditemani Snowdan mengadakan sidang media di Majlis Sukan Negeri Sarawak semalam.
HARI BELIA: Abdul Karim ditemani Snowdan mengadakan sidang media di Majlis Sukan Negeri Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia