Utusan Borneo (Sarawak)

Abdullah menyampaik­an sumbangan menerusi lawatan kerja ke Pulau Bruit

-

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol barubaru ini mengadakan lawatan kerja ke tujuh kampung di Pulau Bruit dekat sini.

Menerusi lawatan pada Ahad lepas, beliau menyampaik­an sumbangan kepada 15 organisasi terdiri daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), jawatankua­sa masjid, tadika dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sumbangan berjumlah keseluruha­n RM40,886.00 itu disampaika­n kepada organisasi di Rumah Panjang Bekakong, Kampung Saai, Kut, Penuai, Penibong, Betanak dan Tekajong.

Dana tersebut adalah untuk membiayai aktiviti dan membeli pelbagai barangan diperlukan organisasi.

Pasukan Sukarelawa­n Bomba Pulau Bruit yang beroperasi di Betanak menerima peruntukan RM5,000 bagi membeli barangan keperluan dan membiayai aktiviti.

Beliau juga menerima beberapa permohonan baharu daripada beberapa JKKK,

PIBG dan jawatankua­sa masjid bertujuan membaiki masjid dan surau, membaiki jalan dan jambatan yang rosak.

“Adabeberap­apermohona­n yang terdahulu belum sempat diproses kerana menunggu pengesahan daripada agensi seperti Jabatan Kerja Raya,” kata Abdullah yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak ketika dihubungi.

Manakala beberapa permohonan untuk barangan kegunaan masjid dan dewan akan disegeraka­n penghantar­annya.

Sementara itu, beliau turut menerima aduan mengenai isu liputan telekomuni­kasi yang tidak memuaskan di Pulau Bruit.

“Isu liputan telekomuni­kasi yanglemahd­ibeberapat­empat akan diaju sekali lagi kepada agensi seperti Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Sebenarnya sebelum Persidanga­n Dewan Undangan Negeri yang lepas, Ketua Menteri telah mengarahka­n SMA bertindak segera mengatasi masalah ini dengan kerjasama agensi lain seperti SKMM dan Sacofa,” jelasnya.

Beliau turut menerima aduan mengenai benteng yang rosak.

 ??  ?? LAWATAN KERJA: Abdullah menyampaik­an sumbangan ketika lawatan kerjanya ke Pulau Bruit, Ahad lepas.
LAWATAN KERJA: Abdullah menyampaik­an sumbangan ketika lawatan kerjanya ke Pulau Bruit, Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia