Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah pengurusan jenazah di Masjid Al-Jabbar sudah siap, boleh digunakan

-

MIRI: Umat Islam di kawasan Niah kini sudah boleh menarik nafas lega, kerana rumah pengurusan jenazah di Masjid Al-Jabbar sudah siap sepenuhnya dan boleh digunakan.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata projek yang dibangunka­n dengan kos sebanyak RM99,000 itu, amat membantu dalam memudahkan segala urusan pengurusan jenazah umat Islam di sekitar kawasan Niah.

“Projek ini telah disiapkan pada Jun 2020. Saya berharap agar kemudahan ini dapat digunakan dengan sebaiknya,” ujar beliau.

Rosey memberitah­u demikian pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Majlis Islam Sarawak (MIS) kepada masjid dan surau di daerah kecil Niah dan penyerahan kunci rumah pengurusan jenazah Masjid Al-Jabbar, Niah di Pejabat Agama Islam Bahagian Miri di sini.

Sebanyak 195 masjid dan surau di seluruh bahagian Miri mendapat manfaat ini termasuk 34 masjid dan surau di daerah kecil Niah.

“Saya mengharapk­an agar dana yang diterima ini dapat digunakan dan disalurkan dengan cara yang betul dan baik serta bermanfaat.

“Walaupun lazimnya sumbangan ini disalurkan pada bulan Ramadan, namun disebabkan situasi pandemic COVID-19 yang melanda negeri kita khususnya telah menyebabka­n sumbangan ini diagihkan agak lewat berbanding tahun-tahun sebelumnya,” ujar beliau.

“Pada hemat saya, sumbangan ini amat bermakna kepada masyarakat Islam yang diagihkan melalui masjid dan surau kerana ia mencermink­an keprihatin­an kepimpinan negeri kita di bawah pentadbira­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Abdul Johari Tun Openg yang sentiasa memberi fokus kepada kebajikan umat Islam di negeri ini,” tambahnya.

Rosey memberitah­u Sarawak terkenal dengan budaya rakyatnya yang saling hormat menghormat­i antara satu sama lain.

“Rakyat Sarawak tidak mempunyai masalah dari sudut agama malah Kerajaan Sarawak mempunyai inisiatif untuk membantu semua agama selain daripada Islam, bantuan turut di agihkan melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).”

“Kita telah melihat dalam media sebagaiman­a yang telah berlaku kepada sesetengah negara yang sedang bergolak, bersengket­a sesama sendiri, orang awam, masjid bahkan sekolah dan hospital turut menjadi sasaran, kemusnahan bangunan dan harta benda.

“Semua ini menyebabka­n kemusnahan kepada negara dan penderitaa­n kepada rakyat dan semua ini berlaku kerana dendam dan kebencian antara satu sama lain,” tambah beliau.

Sehubungan itu juga Rosey menggesa rakyat di negeri ini supaya tidak terpengaru­h dengan anasir-anasir luar yang tidak sihat dan melampau bagi memastikan rakyat Sarawak dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni walaupun kita berlainan bangsa, agama, budaya dan bahasa.

 ??  ?? SERAH: Rosey (tiga kanan) menyaksika­n penyerahan kunci rumah pengurusan jenazah daripada wakil Majlis Daerah Subis (dua kanan) kepada wakil Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Al-Jabbar, Niah.
SERAH: Rosey (tiga kanan) menyaksika­n penyerahan kunci rumah pengurusan jenazah daripada wakil Majlis Daerah Subis (dua kanan) kepada wakil Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Al-Jabbar, Niah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia