Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kes positif COVID-19 direkodkan di Limbang

-

KUCHING: Sarawak semalam merekodkan dua kes positif COVID19 di Limbang sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif meningkat kepada 1,064.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata,dua kes itu telah dikesan melalui aktiviti saringan individu yang baharu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 iaitu dari Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kes ke-1,063 dan ke1,064 merupakan dua warganegar­a yang baharu balik dari Wilayah Persekutua­n Labuan. Kedua-dua mereka merupakan pelajar yang menuntut di Kolej Matrikulas­i Labuan dan telah dibenarkan pulang ke tempat asal setelah kolej matrikulas­i tersebut diarahkan tutup.

“Sebelum bertolak, mereka telah menjalani ujian RTK Antigen dan didapati tidak reaktif untuk COVID19,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Jawatankua­sa itu menambah, kedua-dua mereka telah balik ke Limbang menaiki bot ekspres dari Labuan ke Limbang melalui Dermaga Kastam Limbang.

“Mereka kemudianny­a dimasukkan ke pusat kuarantin untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dan ujian saringan RTPCR pada 23 November 2020 telah mendapati keduadua kes ini positif untuk COVID-19.

“Kedua-dua kes ini tidak menunjukka­n sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19 dan kes ini telah dirujuk dan dimasukkan ke wad pengasinga­n di Hospital Miri,” katanya.

Ujar JPBNS lagi, pengesanan semua kontak rapat kepada kes ini sedang giat dijalankan.

“Kes dikategori­kan sebagai kes yang telah mendapat jangkitan semasa berada di kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 iaitu Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumka­n bahawa terdapat enam kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Besi, Kluster

Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas yang kesemuanya di Kuching.

“Hari ini juga, terdapat dua kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital. Kedua-dua kes ini adalah melibatkan Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Manakala jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 23 orang (18 kes di wad pengasinga­n di HUS, tiga di Hospital Miri dan dua di Hospital Sibu),” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat tiga orang yang disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada kes PUI yang menunggu keputusan ujian makmal semalam.

Daerah Kuching dan Miri menurut JPBNS kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruha­n 14 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas iaitu Kuching (12) dan Miri (2).

Manakala 38 daerah lain di Sarawak kekal berstatus Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia