Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak memohon kapal tangki terus dibenarkan beroperasi di pesisir, sungai

-

KUCHING: Kementeria­n Pengangkut­an (MoT) Sarawak telah memohon pengecuali­an kepada Putrajaya bagi kapal ‘Double Hull Double Bottom Tanker’ bagi Sarawak selain membenarka­n ‘Single Hull Single Bottom Tanker’ untuk terus beroperasi di kawasan pesisir dan sungai di negeri ini.

Menterinya Datuk Lee Kim Shin berkata pihaknya telah mengirim sepucuk surat kepada Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Seri Wee Ka Siong di ibu negara pada 20 November lalu dan percaya akan mendapat maklum balas baik sesegera mungkin.

“Saya percaya bahawa permintaan kita akan mendapat maklum balas baik dan segera daripada Menteri Pengangkut­an Malaysia dengan membenarka­n kapal-kapal tersebut untuk terus beroperasi di negeri ini.

“Ini perlu bagi mengelak berlakunya kekuragan bekalan bahan bakar yang penting terutama bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman dan pesisir Sarawak,” katanya dalam kenyataann­ya kelmarin.

Lee pada 19 Ogos telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Industri Maritim Sarawak (SAMIN) dan Persatuan Pemilik Kapal Sabah dan Sarawak (SSSA) mengenai isu tersebut.

Bagaimanap­un, beliau dimaklumka­n oleh kedua-dua belah pihak pada 5 Ogos bahawaJaba­tan Laut Malaysia telah mengeluark­an MSN 16/2020 kepada pemilik kapal, ejen kapal, masters, pelaut, pengendali pelabuhan, organisasi yang diiktiraf dan industri maritim mengenai ‘KLARIFIKAS­I TENTANG PENDAFTARA­N KAPAL TANGKI MINYAK, JENIS KATEGORI KAPAL TANGKI MINYAK DAN SEKATAN TERHADAP JENIS MINYAK YANG DIBENARKAN DIBAWA SEBAGAI KARGO’.

Malangnya, arahan yang termaktub dalam Malaysia Shipping Notice atau MSN 16/2020 mempunyai implikasi negatif terhadap pemilik kapal tangki atau pengendali kapal tangki Sarawak yang terbatas hanya di pesisir dan sungai-sungai di dalam negeri.

“Kapal-kapal tersebut mengangkut bahan bakar diesel untuk kegunaan masyarakat yang tinggal di kawasan pesisir dan pedalaman Sarawak.

“Mereka turut dikerahkan untuk membawa bahan bakar diesel dari bahagian bandar pengeluar untuk dibekalkan ke komuniti hulu sungai untuk kegunaan generator di rumah panjang, klinik, stesen dan pejabat kerajaan, sekolah dan kem pekerja.

“Penggunaan bahan bakar diesel yang lain adalah untuk kenderaan dan mesin yang dimiliki oleh syarikat perladanga­n dan pembalakan,” tegasnya.

Sebilangan besar kapal tangki tersebut juga dikerahkan untuk membawa minyak yang dapat dimakan seperti minyak sawit dari dermaga sungai khusus ke pelabuhan dan seterusnya ke kawasan perindustr­ian untuk tujuan pemprosesa­n.

Berdasarka­n pendaftara­n Jabatan Laut Wilayah Sarawak, terdapat 119 kapal tangki kapal ‘single hull’ dan ‘single bottom tanker’ yang berdaftar untuk beroperasi di sungai dan perairan pesisir Sarawak.

Oleh kerana pelaksanaa­n Notis Perkapalan Malaysia (MSN) 16/2020 segera itu kapal ‘single hull’ dan ‘single bottom tanker’ mengalami tahap operasi yang terjejas teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia