Utusan Borneo (Sarawak)

Tamu Malam Kampung Peliau tarikan baharu di Bekenu

-

MIRI: Tamu Malam Kampung Peliau yang unik, dihiasi dengan dekorasi tanaman buluh tempatan, bakal menjadi salah satu tarikan pelawat dan destinasi pelanconga­n baharu di pekan Bekenu dan boleh dicadangka­n untuk dimasukkan dalam kalendar pelanconga­n.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus yakin ia merupakan usaha amat baik bagi memulakan perniagaan di Kampung Peliau yang diinisiati­fkan oleh pendudukny­a sendiri dan menjadi lebih ‘hidup’ dengan penyertaan lebih ramai golongan muda.

“Sehubungan itu, penduduk kampung harus lebih bersedia menyambut para pelawat yang datang kelak, termasuk dari negara jiran, Brunei, Sabah dan Labuan, sebaik sempadan dibuka semula apabila wabak COVID19 semakin reda.

“Pada masa yang sama ia merupakan usaha dan visi yang amat baik bagi menjana pendapatan dengan merebut peluang-peluang yang ada, terutama penduduk yang terjejas ekonomi mereka akibat wabak COVID-19,” jelas Rosey.

Beliau yang juga ADUN Bekenu berkata keindahan semula jadi di Pantai Peliau, menambahka­n lagi keunikan dan nilai-nilai komersil yang ada pada kampung itu, untuk membolehka­n ia menjadi salah satu destinasi kunjungan pelawat, di samping sudah dilengkapi dengan kemudahan pusat rekreasi, dewan serba guna dan lainlain.

Sehubungan itu, Rosey yakin, selain pelancong tempatan yang datang dari Miri, ia juga bakal menarik pengunjung dari bahagian lain di Sarawak untuk datang dan membeli makanan tradisiona­l, kraf tangan dan pelbagai produk keluaran tempatan.

Pada masa yang sama beliau mahu penduduk kampung kekal bekerjasam­a menjaga kebersihan bagi memberikan persekitar­an yang kondusif.

Rosey turut mencadangk­an agar Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) menguruska­n jalan masuk dan keluar ke tamu berkenaan bagi memudahkan pelawat yang datang dan pada masa yang sama mengelakka­n kesesakan terutama pada hujung minggu.

Beliau dalam ucapannya turut menasihati para peniaga yang mengambil bahagian agar turut sama mempelajar­i semangat peniaga kecil untuk bersaing, berkesinam­bungan, termasuk berkongsi pengalaman.

Beliau berkata untuk tempoh percubaan Tamu Peliau mungkin diadakan sebulan sekali, namun jika sambutan yang baik, ia akan diadakan dua kali sebuan.

Menurut Rosey lagi, peruntukan awal sebanyak RM30,000 yang diberi akan ditambah lagi sebanyak RM25,000 bagi tujuan mengindahk­an kawasan tapak berniaga agar memberi keselesaan kepada pengunjung dan seterusnya meningkatk­an ekonomi penduduk dan sekitarnya.

“Saya akan mengemukak­an cadangan kepada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan untuk memasukkan Tamu Malam Kampung Peliau dalam kalendar pelanconga­n, bagi tujuan promosi,” tambahnya.

Apabila semakin ramai yang mengunjung­i tamu berkenaan, maka orang luar juga akan turut serta mengambil bahagian untuk merancakka­n dan membuka sektor ekonomi mereka, jelas Rosey.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Subis Kaunselor Anuar Ahmad, ketua masyarakat Pemanca Ali Mudin dan Ketua Panitia Tamu Peliau Mohd Nizam Sanai Mat.

 ??  ?? RASMI: Rosey (kanan) menyempurn­akan simbolik perasmian Tamu Malam Kampung Peliau sambil disaksikan Nizam (kiri) dan ahli-ahli jawatankua­sa yang lain.
RASMI: Rosey (kanan) menyempurn­akan simbolik perasmian Tamu Malam Kampung Peliau sambil disaksikan Nizam (kiri) dan ahli-ahli jawatankua­sa yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia