Utusan Borneo (Sarawak)

Raspberry Pi perlu diagihkan kepada sekolah menengah

-

MIRI: Kerajaan negeri diharap mempertimb­ang cadangan memperluas penggunaan komputer Raspberry Pi kepada pelajar golongan B40 di sekolah menengah.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata selain itu komputer pintar itu perlu membina kandungan pembelajar­an secara ‘offline’ atau tanpa akses Internet.

“Selain semua sekolah rendah mendapat komputer Raspberry Pi tahun depan, kita juga melihat terdapat keperluan penggunaan­ya di sekolah menengah terutama bagi pelajar-pelajar dalam kalangan B40.

“Padamasasa­ma,komputer pintar itu perlu mewujudkan kandungan pembelajar­an tanpa Internet untuk memudahkan pelajar luar bandar mengemas kini modul dan topik pembelajar­an serta tidak tercicir,” katanya di sini semalam.

Lukanisman berkata, jaringan Internert di kawasan luar bandar adalah terhad dan kadangkala terdapat beberapa kawasan sahaja dapat diakses dengan Internet.

“Kita berharap penyedia perkhidmat­an jalur lebar memperluas jaringan Internet ke kawasan luar bandar dan tahap kelajuan Internet tinggi sesuai dengan peranti terkini,” jelasnya.

Menurutnya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua sekolah ditutup dan kaedah pembelajar­an secara dalam talian menjadi satu keperluan.

“Justeru, amat perlu pelajar luar bandar dibekalkan kemudahan jalur lebar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajar­an dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Lukanisman berkata Raspberry Pi merupakan komputer yang berasaskan Debian Linux serta mesra pengguna.

Ia akan dibekalkan HDMI Micro bagi memudahkan penyambung­an ke papan monitor dan televisyen pintar serta memiliki aplikasi atau perisian iaitu Word, Excel daripada LibreOffic­e.

Terdapat 1,265 sekolah rendah di Sarawak dan setiap sekolah disediakan dengan beberapa unit.

Katanya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan sejumlah RM12 juta bagi membeli komputer Raspberry Pi.

Kerajaan negeri juga memeterai perjanjian dengan Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd (SAINS) untuk membekal Raspberry.

 ??  ?? MESRA PENGGUNA: Gajet terbaharu Raspberry Pi 400 yang disambung ke televisyen pintar, akan diagihkan kepada semua sekolah rendah di Sarawak tahun depan.
MESRA PENGGUNA: Gajet terbaharu Raspberry Pi 400 yang disambung ke televisyen pintar, akan diagihkan kepada semua sekolah rendah di Sarawak tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia