Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK digesa memantapka­n sistem pentadbira­n

-

SARIKEI: Ahli Dewan UNdangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat menggesa Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) memantapka­n sistem pentadbira­n mereka.

Katanya, usaha itu perlu diterjemah­kan kepada konsep pentadiran lebih sistematik dan terancang.

Beliau berkata, JKKK mempunyai peranan amat penting dalam pembentuka­n sesebuah komuniti terutama di peringkat kampung atau rumah panjang.

“Justeru, JKKK perlu bergerak selari dengan kemajuanda­nperkemban­gan terkini agar masyarakat kampung dan penduduk rumah panjang dapat menikmati pembanguna­n kerajaan.

“Kita berharap semua ahli JKKK dapat menjalin hubungan baik dengan masyarakat di peringkat akar umbi agar misi dan visi membangunk­an kawasan dapat dilakukan dengan jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bengkel Komuniti Kepolisan di Rumah Bajau, Rantau Kuyang, Mujok Julau yang dihadiri sekitar 150 penduduk setempat.

Rolland berkata, penglibata­n secara langsung ahli JKKK dalam membantu memperting­kat keselamata­n kampung sangat penting dalam menjaga keselamata­n dan keamanan sesebuah kampung.

“Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan JKKK penting sebagai peneraju di peringkat komuniti kampung dalam membendung masalah sosial, bencana dan penyakit.

“Pada ketika ini, negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan setiap rakyat harus mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP).

“Justeru, kedua-dua pihak sama ada KMKK atau JKKK perlu memastikan setiap penduduk mengamalka­n norma baharu bagi mencegah penularan wabak COVID19,” jelasnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Julau Khalid Andong, Setiausaha Politik Ketua Menteri Brain Fung Kok serta ketua-ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? DISAMBUT MERIAH: Rolland bersama rombongan hadir pada Bengkel Komuniti Kepolisan di Rumah Bajau, Rantau Kuyang, Mujok Julau disambut meriah penduduk setempat.
DISAMBUT MERIAH: Rolland bersama rombongan hadir pada Bengkel Komuniti Kepolisan di Rumah Bajau, Rantau Kuyang, Mujok Julau disambut meriah penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia