Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong Persatuan Dayak agar terus relevan: Majang

-

MIRI: Ahli-ahli Persatuan Dayak Miri (DAM) digesa terus bersatu dan mengekalka­n hubungan baik antara satu sama lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berkata hanya melalui kerjasama itu persatuan dapat terus relevan dan memainkan peranan dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

“DAM ditubuhkan sejak 58 tahun lalu merupakan salah satu Persatuan Dayak tertua di Sarawak, justeru kerjasama dan sokongan ahli-ahli penting memastikan ia terus relevan dan berkhidmat kepada masyarakat Dayak terutama Iban,” katanya pada Malam Penghargaa­n dan Pelantikan Jawatankua­sa DAM di sini kelmarin.

Beliau berkata, walaupun persatuan itu menggunaka­n nama Dayak namun hampir 100 peratus ahlinya adalah berbangsa Iban.

Menurutnya, komitmen tinggi ahli amat penting kerana mereka dilantik memegang jawatankua­sa dalam persatuan itu berkhidmat secara sukarela.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada jawatankua­sa DAM terdahulu kerana komited mengadakan pelbagai program dalam ekonomi, pendidikan dan kebudayaan untuk ahliahli.

“Terima kasih juga kepada ahli-ahli jawatankua­sa lama dan saya berharap terus memberi kerjasama kepada jawatankua­sa baharu nanti,” jelasnya.

Pada majlis itu, Majang mengumumka­n peruntukan sejumlah RM20,000 kepada persatuan itu bagi menjalanka­n aktivitiny­a pada tahun depan.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksika­n bacaan ikrar ahli-ahli jawatankua­sa baharu bagi sesi 2020-2021 Bahagian Wanita dan Belia serta penyampaia­n hadiah penghargaa­n kepada bekas ahli jawatankua­sa sesi 20182019.

Majang turut menyampaik­an insentif dan anugerah kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam akademik dan individu yang mencapai kejayaan dalam dan luar negara.

Hadir sama kedua-dua Penasihat DAM Senator Dr Nuing Jeluing dan Serawa Budol, Presidenny­a Wilfred Macdanpeng­erusipenga­njur Jacqueline Selaka.

 ??  ?? LANCAR: Majang (tiga kanan) melakukan simbolik perasmian Malam Penghargaa­n dan Pelantikan Jawatankua­sa DAM anjuran Persatuan Dayak Miri sambil disaksikan Wilfred (dua kanan), Dr Nuing (empat kiri), Serawa (dua kiri) dan Jacqueline di Miri kelmarin.
LANCAR: Majang (tiga kanan) melakukan simbolik perasmian Malam Penghargaa­n dan Pelantikan Jawatankua­sa DAM anjuran Persatuan Dayak Miri sambil disaksikan Wilfred (dua kanan), Dr Nuing (empat kiri), Serawa (dua kiri) dan Jacqueline di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia