Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM guna khidmat PGA bantu lancarkan PRN12

Sumber tenaga manusia dimanfaatk­an sepenuhnya pastikan tiada penambahan anggota dari luar Sarawak

- Oleh Andy Sabang

Kita sekarang ini memang hendak pergi kepada kaedah untuk tidak ada (tiada penambahan anggota dari luar

” kontijen Sarawak).

Datuk Fisol Salleh

SIBU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak akan menggunaka­n khidmat Pasukan Gerak Am (PGA) bagi membantu melancarka­n Pilihan Raya Negeri Ke12 (PRN12) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya akan memanfaatk­an sepenuhnya sumber tenaga manusia untuk memastikan tidak akan ada penambahan anggota dari luar Sarawak.

“Kita sekarang ini memang hendak pergi kepada kaedah untuk tidak ada (tiada penambahan anggota dari luar kontijen Sarawak).

“Bagaimanap­un, kalau betul-betul kita tidak dapat menampung mungkin kita

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak

dapatkan bantuan daripada IPK Sarawak, PGA, Polis Marin, Pusat Latihan dan Sukarelawa­n Polis,” katanya semalam.

Terdahulu Fisol mengadakan lawatan kerja pertamanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sini, sejak dilantik sebagai timbalan pesuruhjay­a polis Sarawak yang baharu pada 17 November lalu.

Menurut Fisol, beliau juga akan berkunjung ke

IPD lain di seluruh negeri dalam masa terdekat untuk memastikan segala bentuk persiapan lain dalam menghadapi bencana dan pandemik COVID-19 dalam keadaan siap sedia.

Katanya, pasukan pemantau PDRM akan digerakkan secara berterusan walaupun perkembang­an pandemik di Sarawak menunjukan petanda baik.

“PDRM yang merupakan agensi induk bersama agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) di seluruh daerah bagaimanap­un tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan itu.

“Pasukan pemantau harus memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa menjadi keutamaan dan bukan hanya mencari kesalahan sahaja,” jelas beliau.

Turut hadir menyambut ketibaan beliau ialah Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

 ??  ?? APA KHABAR?: Fisol (tiga kiri) bertanya sesuatu kepada para pegawai ketika berkunjung ke IPD Sibu semalam.
APA KHABAR?: Fisol (tiga kiri) bertanya sesuatu kepada para pegawai ketika berkunjung ke IPD Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia