Utusan Borneo (Sarawak)

Jalur lebar satelit berWiFi dipasang di 1,000 lokasi di pedalaman

-

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) berhasrat memasang kemudahan jalur lebar satelit berWiFi di 1,000 lokasi di kawasan pedalaman Sarawak bagi menyediaka­n perkhidmat­an Internet bagi penduduk setempat, kata Pengerusi PSB Cawangan Bukit Begunan Norina Umoi Utot.

Beliau berkata keutamaan akan diberikan kepada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dengan sasaran utama untuk menyediaka­n akses Internet dan komunikasi kepada rakyat Sarawak yang tinggal di kawasan terpencil negeri ini.

“PSB melihat ia tanggungja­wab sebagai penyedia, melindungi mereka yang miskin dan tertindas, terutama pemimpin hari esok (belia) di sekolah dan komuniti luar bandar.

“Kita akan memastikan mereka tidak ketinggala­n, PSB bersimpati dengan nasib pelajar di kawasan luar bandar yang sentiasa risau akan adanya isyarat Internet atau perlu menelusuri hutan belantara, lurah dan lembah atau naik ke atas pokok untuk mendapatka­n isyarat Internet,” katanya dalam kenyataan semalam.

Norina menambah kata, kerajaan dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) bercakap terlalu banyak untuk membina lebih banyak menara telekomuni­kasi di luar bandar dan pedalaman Sarawak namun masih belum kelihatan apa-apa.

Menurut beliau PSB melihat kepada keperluan untuk melakukan sesuatu agar dapat membantu mereka di kawasan luar bandar.

Menyedari akan permasalah­an yang dihadapi semasa memulakann­ya, beliau berkata PSB melihat kepada keperluan dan keutamaan bagi adanya rangkaian Internet tersebut ditambah lagi dengan pandemik COVID-19 membuatkan pembelajar­an dalam talian sebagai norma baharu dan pasti terdapat cara untuk melaksanak­annya.

“Laman teknologi Soya Cincau melaporkan Connectme merupakan pilihan alternatif Internet di kawasan yang tidak mendapat sambungan fiber dan rangkaian 4G.

“Inilah yang dilakukan oleh PSB sekarang untuk menghubung­kan mereka yang sukar dihubungka­n. Pemimpin GPS perlu memahami PSB melakukan ini semua dengan bermotif perniagaan.

“Urusan pihak PSB adalah untuk menjaga sekolahsek­olah luar bandar yang tidak mempunyai liputan Internet agar kelas dalam talian tidak terganggu dan ini bukan sebuah janji kosong,” tambahnya.

Norina turut menekankan bahawapemi­mpinPSBber­usaha menghubung­kan penduduk luar bandar di Sarawak tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

Beliau merasakan bahawa masyarakat di luar bandar sudah terlalu lama diabaikan dari segi infrastruk­tur asas, perhubunga­n jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik serta penyambung­an Internet.

Norina berjanji bahawa PSB akan berusaha menjadikan Sarawak sebagai tempat yang lebih baik untuk semua dengan membawa perubahan ke negeri ini.

“Kami tidak akan goyah dan tidak berasa terganggu oleh politik ‘divide and rule’ GPS sebaliknya menyaksika­n fajar baharu bagi negeri Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia