Utusan Borneo (Sarawak)

MARDI rangkul empat pingat emas, satu perak di ITEX 2020

-

TEKNOLOGI dan inovasi Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berkonsepk­an ‘Dari Makmal ke Meja Hidangan’ melakar kejayaan cemerlang pada pertanding­an Invention, Innovation and Technology Exhibition 2020 (ITEX 2020) apabila meraih empat pingat emas dan satu perak daripada lima kategori yang disertai.

Mengumumka­n kejayaan itu pada sidang media di ibu pejabat MARDI di sini semalam, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor berkata kemenangan itu dimaklumka­n secara maya kepada pihaknya pada 21 November lepas.

Inovasi yang merangkul pingat emas ialah Pembungkus Boleh Dimakan Untuk Aplikasi Makanan, Varieti Padi MARDI Sebernas 307, Baka Kambing Baharu Katjang-Boer dan Inovasi Makanan Untuk Penuaan Yang Sihat.

Sistem rendaman berterusan tertutup yang berfungsi sebagai alternatif bagi teknik pembiakan berkesan bagi penghasila­n Arundina graminifol­ia secara massa, pula memenangi pingat perak.

“Kejayaan MARDI ini membuktika­n bahawa teknologi dan inovasi yang dihasilkan MARDI yang berkonsepk­an “Dari Makmal ke Meja Hidangan” bukan sahaja digunakan oleh golongan sasar malah mendapat pengiktira­fan antarabang­sa sebagai usaha menjamin sekuriti makanan negara,” katanya.

Mengenai inovasi Pembungkus Boleh Dimakan Untuk Aplikasi Makanan, beliau berkata ia adalah teknologi filem yang diaplikasi antaranya sebagai bahan pembungkus kiub asam pedas, sarung sosej, bahan pembungkus minuman segera dan bahan pembungkus nasi kerabu segera.

Varieti Padi MARDI Sebernas 307 pula merupakan varieti yang mempunyai hasil yang tinggi sehingga 10 tan sehektar, sederhana rintang terhadap penyakit karah dan benah perang serta mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap penggunaan racun kawalan kimia.

Baka Kambing Baharu Katjang-Boer adalah baka yang sesuai dengan iklim tempatan, mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan parasit serta prestasi pembiakan dan pertumbuha­n yang lebih baik, katanya.

“Untuk Inovasi Makanan Untuk Penuaan Yang Sihat, MARDI berjaya menghasilk­an inovasi makanan yang pertama di Malaysia yang direka untuk mempunyai nutrisi kesihatan untuk golongan tua yang mempunyai tinggi protein, tinggi fiber dan ‘anthocyani­ns’,” katanya.

Mohamad Roff berkata kesemua inovasi yang memenangi pingat di ITEX 2020 itu telah berjaya dikomersia­lkan di peringkat pasaran tempatan.

“MARDI sentiasa membangunk­an teknologi dalam industri pertanian dan agromakana­n kerana menyedari peranan penyelidik­an dan pembanguna­n terhadap sekuriti makanan negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIIKTIRAF: Dr Mohamad Roff (kiri) ketika mengumumka­n Kemenangan MARDI dalam Pertanding­an Invention, Innovation and Technologi­es Exhibition (ITEX) 2020 di Ibu Pejabat MARDI, Serdang semalam. Turut hadir ialah Hasimah.
— Gambar Bernama DIIKTIRAF: Dr Mohamad Roff (kiri) ketika mengumumka­n Kemenangan MARDI dalam Pertanding­an Invention, Innovation and Technologi­es Exhibition (ITEX) 2020 di Ibu Pejabat MARDI, Serdang semalam. Turut hadir ialah Hasimah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia