Utusan Borneo (Sarawak)

PRU15 selepas COVID-19 berakhir tindakan tepat

Mandat baharu daripada rakyat perlu kerana majoriti tipis tidak baik bagi sesebuah kerajaan: Mohamad

-

“Kerajaan tidak seharusnya terlampau berfikir tentang politik, apabila mendapat mandat baharu nanti, menang atau kalah itu biasa, kalau menang menanglah, kalau kalah kalahlah kerana rakyat yang akan menentukan, sama ada cepat ataupun lambat. ”

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir disifatkan sebagai keputusan yang tepat bagi mendapatka­n mandat baharu daripada rakyat.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, majoriti tipis yang ada di pihak pemerintah ketika ini menyebabka­n ia sering dipersoal dan keadaan itu tidak baik bagi sesebuah kerajaan.

“Kerajaan tidak seharusnya terlampau berfikir tentang politik, apabila mendapat mandat baharu nanti, menang atau kalah itu biasa, kalau menang menanglah, kalau kalah kalahlah kerana rakyat yang akan menentukan, sama ada cepat ataupun lambat.

“Rakyat dah sedar bahawa kerajaan dengan majoriti yang tipis tak akan mendatangk­an

Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO

kebaikan kepada rakyat. Hasrat yang dinyatakan oleh perdana menteri itu sesuatu yang baik, bagi saya baik untuk mendapatka­n mandat daripada rakyat, bukan atas desakan sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan semalam.

Sabtu lepas, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Perhimpuna­n Agung Tahunan 2020 parti itu memaklumka­n bahawa PRU15 akan diadakan sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau enggan mengulas kenyataan mengenai isu jawatan Timbalan Perdana Menteri perlu diisi pemimpin UMNO.

“Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) sudah buat kenyataan, cukuplah,” katanya ringkas.

Kelmarin, media melaporkan bahawa Ahmad Zahid meminta agar pemimpin UMNO tidak mendesak Muhyiddin mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dan memberikan kuota itu kepada parti tersebut.

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAS: Mohamad ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 pada Persidanga­n Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban semalam.
— Gambar Bernama BAHAS: Mohamad ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 pada Persidanga­n Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia