Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pertimbang cadang darurat di Parlimen Gerik, DUN Bugaya jika ada risiko penularan COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimb­ang untuk mencadangk­an pengisytih­aran darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah sekiranya kawasan itu mempunyai risiko penularan COVID-19, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu akan dibuat selepas merujuk kepada Kementeria­n Kesihatan dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Sebagaiman­a kita maklum bahawa perkara ini di bawah peruntukan Perkara 150(1) Perlembaga­an Persekutua­n dibenarkan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa sesuatu kawasan atau keseluruha­n Malaysia ini boleh diisytihar­kan darurat.

“Ini termasukla­h apa yang dibuat dalam proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk isytihar darurat di kawasan itu menyebabka­n ia (PRK) tidak perlu diadakan.

“Tindakan yang sama dijangka diberi pertimbang­an oleh pihak kerajaan sekiranya suasana Parlimen Gerik dan DUN Bugaya mempunyai risiko yang sama setelah kerajaan merujuk kepada Kementeria­n Kesihatan dan MKN,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankua­sa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 November lepas, mengisytih­arkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, yang sekali gus membatalka­n pilihan raya kecil kerusi itu yang ditetapkan pada 5 Disember.

Pada 27 November, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengumumka­n pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Gerik dan DUN Bugaya dijalankan serentak pada 16 Januari 2021.

Menjawab pertanyaan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) ketika membahaska­n rang undangunda­ng itu yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengisytih­arkan darurat di Sarawak sekiranya DUN Sarawak dibubarkan, Takiyuddin berkata kerajaan akan mempertimb­angkan perkara itu apabila tiba masanya.

Mengenai persoalan persiapan pilihan raya dalam suasana normal baharu, Takiyuddin berkata sebagai persediaan awal, SPR telah mengenal pasti petugas pilihan raya dan memulakan taklimat serta latihan kepada mereka yang terlibat.

Beliau berkata, taklimat dan latihan itu meliputi proses pilihan raya yang baharu melibatkan garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

“SPR juga menambah peralatan pencegahan COVID-19 seperti pelitup muka, pensanitas­i tangan, peralatan perlindung­an peribadi (PPE), alat pemeriksa suhu, sarung tangan getah dan seumpamany­a. SPR juga sentiasa bekerjasam­a dengan agensi berkaitan usaha pencegahan COVID-19 seperti Kementeria­n Kesihatan dan MKN,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia