Utusan Borneo (Sarawak)

Program JaGUH dilancar Jan 2021, sasar bantu 100 graduan peringkat awal

-

KUALA LUMPUR: Program Jana Graduan Hijau (JaGUH) bagi memberi peluang kepada graduan yang baru tamat pelajaran menceburi bidang keusahawan­an kelestaria­n hijau akan dilancarka­n Januari tahun hadapan.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program itu kini dalam proses pembanguna­n modul, pencarian rakan strategik dan permohonan dana kerajaan dan swasta sebelum dipromosi secara aktif awal tahun 2021.

“Kumpulan pertama program ini melibatkan tiga aliran iaitu JaGUH Pengurusan Tenaga, JaGUH Produk Hijau dan JaGUH Pertanian Bandar, buat permulaan 100 graduan akan terlibat dalam program ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Shaharizuk­irnain Abd Kadir (PASSetiu) yang ingin tahu perkembang­an dan mekanisme program JaGUH dan universiti yang terlibat dengan program berkenaan.

Tuan Ibrahim berkata buat permulaan, program itu menyasarka­n graduan yang telah enam bulan tamat belajar tetapi masih menganggur dan graduan yang bekerja tetapi tidak sesuai dengan kelulusan mereka.

Katanya, program itu kini dalam fasa mengenal pasti universiti sesuai yang terlibat dan setakat ini perbincang­an dengan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dijalankan tetapi perlu ditangguh kerana penularan COVID-19.

Program JaGUH adalah program yang dilaksanak­an oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC), agensi di bawah KASA.

Objektif utama program ini dibangunka­n adalah untuk membantu graduan muda lebih berdikari dalam menjana pendapatan sara diri melalui kaedah keusahawan­an dalam bidang-bidang kemahiran industri hijau selaras dengan usaha kerajaan untuk memperluas­kan pembanguna­n Ekonomi Hijau di negara ini.

Tuan Ibrahim berkata, antara bidang kemahiran yang telah dikenal pasti ialah perkhidmat­an audit tenaga, perundinga­n pengurusan tenaga dan gaya hidup hijau, perkhidmat­an kitar semula dan pelbagai bidang lain yang sedang dikenal pasti.

Senarai bidang kemahiran itu akan diperluas mengikut kesesuaian permintaan pasaran serta menepati sasaran Pelan Induk Teknologi Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia